Pages

Saturday, August 7, 2010

Persediaan menghadapi Ramadhan

PERSEDIAAN menghadapi RAMADHAN dengan... MAKAN BANYAK2...silap tuh...kena tau la serba sedikit tentang RAMADHAN..kita refresh semula yang dah berkarat tu...

SEJARAH RAMADHAN

  1. RAMADHAN : ertinya panas terik
  2. bulan diturunkan Al-Quran dan disebut (syahru Ramadhana)
  3. Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan
  4. Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan musyrikin dan penyembahan berhala berakhir
  5. Di dalamnya dipilih ada malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan
  6. Di pilih untuk ibadat puasa
  7. Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al-Quran)
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
  1. Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur)
  2. Bulan penuh keberkatan
  3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
  4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
  5. Manakala solat fardhu mendapat 70kali ganda
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  7. Bulan menambah rezki
  8. Memberi berbuka banyak pahala
  9. bulan keampunan

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)


1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2)
Menempah pakaian untuk Ramadhan
3)
Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4)
Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya

dapat bangun malam
5)
Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6)
Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7)
Solat berjemaah setiap waktu
8 )
Solat jemaah di masjid/surau
9)
Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)
Sahur diwaktu akhir
11)
Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)
Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (1jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan Solat Rawatib
18) Jaga pancaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada Ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama orang tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri)
30) Baiki hubungan dengan jiran

wahhh,..tak sabar nak menunggu kehadiran RAMADHAN, harap2 berkesempatan menghabiskan RAMADHAN...dan berjumpa dengan RAMADHAN-RAMADHAN yang akan datang...

semoga semua akan ambil kesempatan untuk mengejar kembali apa yang tak terkejar dibulan biasa...dan sentiasa beristiqamah...

selamat beraamal~~

Merajuk akan berpanjangan

konon2 nak p Nilai la hari ni..alih2 aku stil di rumah menghadap laptop..iman baru bangun abah nye letih la..huhuks..terpaksa la postpone beli langsir ke tarikh yang abah iman setuju...

takpe2 yang penting kena beli lansir baru..bukan apa ye..aku ni rumah ni pon pakai langsir buruk ni la...takde tukar...dah bertahun ye...bukan membazir ni..tapi keperluan..ahaks..

iman pon dah semakin sehat..kulit dah semakin cantik..jadi takde la nak risau2 pasal dianye kulit lagi...alhamdulillah....

JADI???apa nak buat hari ni?p mydin la petang nanti..beli barang2 keperluan...

Friday, August 6, 2010

KENAPA?Apa DOSA ku?

saja je wat tajuk entry cam drama-drama gitu..hahaks..aku ni dah 2/3 hari buat Blogwalking tapi traffic aku merudum plaks..napa ek???aku rasa dah bertungkus lumus..

tulah agaknya..aku p blog yang tak aktif BW agaknya..takpe2...leh baca entry diaorg kan?

tapi tu lah..bila dah BW tapi tak dibalas..sedey..rasa tak dihargai pon ada... nak majuk la

hahaks..nak majuk p mana ek minggu ni?minggu ni nak ajak abah iman ke Nilai la..nak beli langsir...yay!!!!

merajuk yang pasti tiada yang memujuk..

kepada adik2 yang bagi jawapan pasal kati n gram tu TQ so MUCH.....YAY..leh wat kuih raya!!!!

Related Posts with Thumbnails