
Sejak Iman di cucuk setahun minggu lepas, dia tak demam n sangat aktif... tapi masa nak kena cucuk tu jururawat kat sana dah pesan dia akan demam selepas seminggu dicucuk..semalam cukup la seminggu dia dicucuk n badan terus panas. Risau anak demam kan? Ye lah kalau demam panas sangat macam-macam boleh jadi.
Pagi semalam ummi bagi iman ubat lepas makan n diselangkan 8jam. Bila dah nak ke petang (nak cukupkan 8jam) badan dah panas balik..(tak boleh jadi ni) ummi pon bagi lagi ubat n ubat seterusnya adalah pukul 12am pulak..selepas maghrib semalam ummi buatkan air Yaasin untuk iman n bacakan Surah Al-Fatihah kat air tu... ummi tak bagi lagi air tu kat dia.
*muka budak demam*Pukul 12am malam tadi badan panas sangat (kesan ubat nak hilang) so, ummi pon ambil air yang ummi buatkan tadi basuhkan kepala dia n buat susu pakai air tu. Pukul 1am baru dia tidur. Alhamdulillah....tidur juga dia..

*siannya anak ummi*
Pagi tadi selepas 8jam dia makan ubat badan tak panas pon. Alhamdulillah!tapi ummi still bagi ubat kt dia. Ini adalah petua atuk Iman buat untuk ummi adik beradik..murah malahan berkesan..bagus kan???Jadi, kalau demam atau anak yang demam. amalkanlah dengan surah Al-Fatihah ye!
*harap2 sehat lah dia hari ni*