Pages

Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

daddy and son day out!

Melihatkan tajuk tu dapat menggambarkan macam mana keadaan ummi di rumah tanpa 2 hero ummi yang tercinta... cewah... sambil tu seronok juga kan? Rileks sorang2 sambil mengemas n memasak tanpa gangguan n kecoh2.. Abah Iman dan Iman ke surau meraikan sambutan maulidur rasul di surau di rumah kami ni. Ummi bukan tak nak pegi, tapi banyak keje yang tak pernah habis ni terbengkalai. Ini pun tengah curi masa setelah masukkan baju2 untuk kali ke-3 di dalam mesin basuh. baju dalam bakul yang sebakul tu tak disentuh lagi untuk diseterika. adehs....

Kadang-kadang ummi biarkan je dan kelua kejap ke rumah. duduk dirumah ni memang tak boleh nak duduk saja-saja. Ada je nak dibuat dan ada je yang perlu difikirkan. Jadi dalam masa sekejap ni ummi nak rilex dirumah sorang2 n buat keje slow2..hahahha..oklah semua selamat berhujung minggu!

Tuesday, June 22, 2010

jalan-jalan di ALAMANDA PUTRAJAYA

RAJINNYA...haha..napa aku sebut cam tu?sebab sampai 3post hari ni..bukan apa..beberapa hari ni aku busy..busy bukan apa..si iman tak nak duduk..so kena la wat keje time dia tido..ni pon tgh tidow la hero sorang ni..

last sunday, kami p cuci mata ka ALAMANDA.. iman kan dah boleh berjalan sekarang. so dibawah ni pic2 dia lah..yang tak bestnya..sonok sangat dia berjalan tu..dia tak nak pegang kita..duk syioook sangat nak main tangga...huhuk sampai tak larat nak layan dia nangis..siap guling2 lagi tuh..malu I!! hahahaha satu bahagian kat alamanda tu duk tgk kami..adeshh..macam2 la cik iman nih


masa ni tgh OK la..masa nangis guling2 tak leh nak amik gambo..tak sempat nak captured pon..



duk main air pancut kat center alamanda...


pegang2 sana...pegang2 sini...


tgh berjalan2 terkedek2..cute!!

kek coklat tanpa telur

resipi ni aku amik dari dapur kak CT... memang yummy..si iman ni plak kebetulan ada alahan so memang tak bagi makan telur..kek ni aku wat masa birthday dia.. nak beli kek sure diaorg letak telur..so...buat sendiri la yer!

walaupon nampak gelap..tapi memang sedap leee...


Bahan-bahan : (utk 1 loyang kecil)1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)


Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. (CT guna loyang 6x6x3 untuk buat 2 adunan).
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

urmmm.. sausage roll


ni sebenarnya aktiviti hujung minggu yang mana tah..ingat2..hujung minggu masa bola baru start haritu..dah lama tapi tak upload..hahaha..disebab kan dah kering idea sausage roll yang comel2 ni jugak la jadik mangsa untuk entry kali ni...boleh gitew?boleh kan aje lah yerr...ni aku wat waktu malam konon2 nak wat untuk sarapan hujung minggu..tu la yer..skali my hubby merangkap abah iman makan ngan sekali ngap..maklum lah kecik2 je..aku wat pakai cocktail nye sausage..


so, jamu mata je lah ye..kemalasan untuk menaip resipi..takpon nant kalau ada resipi nya aku edit post nih balik ye..


Monday, June 14, 2010

aktiviti cuti sekolah - umbai melaka ( ikan bakar )


dah 2-3 hari tak letak post baru..hehehe..sebook sangat ngan si iman sorang nih...dia dah pandai jalan..so excited ummi yang lebey..ekekke...last week kami sekeluarga balik umah papa n mama...hehe..SYIoooKKkkkk..bukan apa dapat jumpa family akak aku yang duduk penang!rinduuunya kat depa semua..sekali jumpa urmm..kecoh!so..last week sabtu malam ahad akak aku nak belanja ikan bakar kat Umbai Melaka..kami ni pegi la..so ni yang aku excited nak upload gamba..
tgh sebook memilih gerai yang mana satu ntah..banyak betul 'peraih' yang memujuk kitaorg masuk kedai diaorg


actually gamba ni dah last2 dah..perut dah kenyang..akak aku, mama terchenta, aku yang chumel (perasan!)


gamba ni semua cilok dari akak ipar aku..blur2 skit..biasalah malam...pakai HP je plak tu..


gamba sebelum makan tak sempat nak amik..semua dah lapar...semua kosongkan perut semata-mata nak makan kat Umbai nih..


gamba2 nih semua ketika semua kekenyangan....

Related Posts with Thumbnails