Pages

Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

ATUK



Masa ummi menaip ni, bunyi guruh berdentum dentam, begitu jualah dengan hati ummi yang merisaukan atuk Iman di kampung...semalam petang masa ummi call keadaan atuk Iman semakin baik..bahkan dari riak suara memang macam sehat. Atuk kata kena tahan wad sebab doktor suruh atuk rehat...

Atuk memang tak reti nak duduk diamasal ada masa je mesti nak buat sesuatu..menanam di belakang rumah..pegi kebun melihat kebun getahnya(walau dah tak bekerja) atuk masih ke sana nak memantau keadaan kebun yang diupah pekerja.

Mesyuarat itu dan ini...atuk adalah pengetua sekolah agama kat kawasan kampung tu...urm.. memang dia tak reti duduk diam..masa kecil dulu atuk garang sangat...kata apa je la...semua ummi penah rasa...tali pinggang, hos getah tu, pembaris kayu (mama buat ukur baju), batang ubi kayu...hahahha..semua ummi penah rasa...Tapi tu masa ummi kecik..sekarang dah takde dah...atuk tau anak dia dah besar dan pandai fikir sendiri..tak perlu rotan untuk membuatkan kami fikir yang mana baik yang mana buruk.

Tapi, bila difikirkan semula...setiap tindakan atuk telah menjadikan ummi manusia yang lebih baik...Hanya Ibu Bapa yang tau bagaimana untuk membesarkan anak-anak mereka..Cara atuk membesarkan ummi itulah cara yang terbaik untuk ummi...Atuk tak nak ummi leka dengan dunia sahaja...

Tak ternilai jasa Atuk pada ummi...cepat sembuh atuk Iman....InsyaALLAH hujung minggu ni kami balik..

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDIL FITRI

tak lama lagi kita dah nak sambut kedatangan syawal..hari ni si kecik dah macam suam2 badan...SELSEMA yang agak teruk...ada TIPS untuk budak2 yang selsema?????

disamping tu juga, ummi n keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya untuk semua yang mengenali diri ini juga yang tak mengenali..ummi juga nak menyusun jari2 memohon ampun n maaf jika ada yang terguris rasa dalam penulisan ummi...

akhir kata SELAMAT HARI RAYA!!!hati2 di jalan aya..rabu ni ummi nak pulang ke rumah abah iman!!hahaks..doakan perjalanan kami selamat sampai ye...

Saturday, July 17, 2010

ATUK dah Discharge dari wad

ALHAMDULILLAH..atuk iman dah kelua dari wad petang semalam...atuk man kena tahan wad sebab sakit mata yang teruk..bengkak walau pon baru kena jangkitan..sakit mata macam dah lebih seminggu kena..bengkak dia bukan main...

semalam doktor bagi kelua..alasan 'pakcik..pakcik kena kelua la dari wad..sebab kami takut terkena kat patient lain'...itulah alasan nya..bley??

apapun TQ kepada yang sudi doakan atuk Iman sehat n dapat kelua wad..

mode: HAPPY!!!

Friday, July 16, 2010

DOAKAN ATUK IMAN SEMBUH

kami nak bersiap pulang kejap lagi...atuk iman ditahan Wad, nenek iman kata tak teruk tapi maybe kami akan stay sana selagi atuk iman tak kelua wad...

doakan atuk iman cepat sehat tak duduk dalam wad lama-lama...kesian atuk!

Related Posts with Thumbnails