Salam buat semua...
Buntu juga kepala ni bila memikirkan apa yang patut dicoretkan di dalam blog hari ni.. Tiba-tiba tadi Iman sakit kaki sambil hulur kaki pada ummi. ibu jarinya luka sikit jadi ummi pun sapukan minyak gamat dan balut ibu jari iman. Sambil membalut tu ummi terfikir kerja seorang ibu bukan sahaja profession nya di tempat kerja sahaja...
Seorang Ibu adalah Jururawat bagi keluarganya....
Seorang Ibu adalah Penasihat Imej bagi keluarganya...
Seorang Ibu adalah Motivator bagi keluarganya...
Seorang ibu adalah Pereka Hiasan Dalaman bagi istana keluarganya...
Sebenarnya banyak lagikan pekerjaan sampingan seorang ibu.. Terfikir pula pengorbanan Ibu kita suatu masa dulu...bila dah menjadi ibu kita akan lebih mengerti perasaannya...