Salam sejahtera rakan maya ummi...la...dah bersarang dah umah ummi ni...wakakkaka...jap2 nak bersihkan tempat ni ye...
Minggu lepas abah Iman balik kerja dan bercerita tentang kejadian yang berlaku pada rakannya..
situasinya begini...
Abah Iman: "ummi iman.. nak tau x..kawan abah iman yang nama Z tu anak dia meninggal...baru umur 3bulan..". (termenung sekejap).."kesian dia dah la menunggu nak dapatkan zuriat tu 4tahun...dah dapat jadi begini la pulak"
Ummi Iman: "Innalillahiwainailaihirojiun....ketentuan-Nya la abah Iman..mungkin ada yang lebih n terbaik untuk pasangan Z lepas ni"
Itulah kejadian yang terjadi.. abah Iman pegi melawat pasangan tersebut di hospital minggu lepas bersama rakan-rakannya..Ini bukan kes pertama yang ummi dengar...di kawasan tempat tinggal ummi ni pun dah berlaku. Kes yang sama iaitu bayi umur 3bulan yang tercekik susu. kejadian berlaku pada bulan lepas. Kes kawan abah Iman pula berlaku di tangan pengasuh. Katanya dia jaga baby pasangan Z tu je..takde jaga yang lain pun...
Kes yang berlaku di taska pulak..terlalu ramai baby yang perlu dihandle sampaikan tak terjaga baby tu masa dia nyusu...jadi pengasuh taska sendalkan je botol pada baby masa dia menyusu...(sangat bahaya)...
Jadi??? Kesimpulannya...ada banyak negatif dan positif menghantar anak ke taska atau ke rumah pengasuh...
TASKA...
- Ramai penghuninya tetapi kurang penjaganya(bukan semua taska begini)
- tumpuan pada anak sangat kurang
- anak cepat bergaul dengan org lain (ramai)
- sangat berdikari
PENGASUH
- Penghuni yang tidak berapa ramai
- tumpuan lebih banyak
- berdikari
Walaubagaimanapun, di mana kita letak
baby/anak kita pun kita perlu buat kajian dengan teliti. Kalau boleh hantar awal sedikit dan lihat bagaimana dengan anak kita bila berada di sana...jika anak nampak baik tiada kesan yang tidak diingini.. macam Iman dulu..Ummi letak di taska lebam di dahi..2minggu je ummi letak sana...dengan ruam n macam2..last2 ummi mintak tolong mak ngah iman jaga iman...lebih diyakini.
Jangan terlalu mengharapkan penjaga itu akan mengasihi anak kita lebih atau sama dengan cara kita mengasihi anak kita..cuma berharaplah dia akan menjaga anak kita dengan sehabis baik yang dia boleh... (caner la ayat ummi ni kan....)