Pages

Saturday, June 26, 2010

handphone dan anak2 sekarang

Zaman sekarang nih..budak sekolah rendah pon dah pakai HP..kita dulu ya rabbi..nak tgk HP pon tak reti..maklom la..masa time aku HP macam botol air..besa gedabak..ekeke..bukan apa sekarang ni tak leh nak salahkan sesapa kalau anak2 mintak HP..

sekarang ni gejala sosial semakin berleluasa..kalau bagi HP tu kita boleh track diaorg kat mana..takde la risau sangat ye tak?Iman kecik lagi..umur baru setahun pon dah bukan main bergaya ngan HP..ni antara aksi2 yang sempat aku captured kat umah...


sambil letak kat telinga tu dia membebel..macam la tere cakap..


kalau dia tgh pegang Hp tak leh la nak kacau...kalau HP kita berbunyi dia la sebukkkkk nak mengambilnya..(padahal bukan tau picit pon)


bersungguh2kan??hahhaha

aksi2 si kecik...


ni baru umur setahun nant dah besar skit caner???

Friday, June 25, 2010

1st contest miszlullaby -- hadiah make up..

masa tgh blogwalking tadi..aku terjumpa la contest yang menawarkan hadiah make up..WOW!!syiook nih..apo laie..dah la dah lama tak beli make up...kalau dapat free syiook juga ye..try je la..so..ni contest dari miszlullaby


  • Syarat2 penyertaan:
  1. Be my follower. (done!)
  2. Letakkan banner di atas dalam post contest korang and link it directly to my blog and letakkan juge di side bar ye... Code nye korang boleh copy dekat my sidebar.................. (BOTH DONE!)
  3. Make a post about this contest.Explain la sikit psal contest ni.(NI LAH POST NYE DONK..)
  4. Upload gambar korang yang korang paling suke and korang rasa cantik. Mesti gamba korang jek k?Xkesah la posing mcm mane pun,nampak badan ke x,nampak muke je ke..Edit ke x...Sume tu terpulang pada creativity masing2.And cerita kan kenapa korang suke gamba tu. Make it interesting sampailaaaaa cik miszlullaby terpikat ok?(DONE ALSO..urmm..kelaka la plak..kalau tak chantek..buat camne pon tak chantek gaks..)wakakakka...
  5. Xkesah berapa banyak gamba korang nak letak,letak la..I will choose it.(I LETAK....beberapa gambar la..alamak kantoi la muka i yang comot nehh)
  6. Tag sorang kawan korang.And make sure org yang di tag tu tahu yeee...Boleh la spread the words sikit kan??=D (TAG SAPA EK??... akak tag si atyn zaini la sebab dia baru jadi kawan akak..bley gitew?)
  7. Leave your link below..so that i can check it. my link http://lamankasehiman.blogspot.com
  8. Korang boleh join dua-dua contest jugak.Takde halangan.So,ape lg..pergila amek gamba cepat!=D (DONE!)
nilah gambar yang dipertaruhkan..wah2...expose ummi iman neh..gamba ni suka sebab candid oleh adik ipar I..rasa selamba n tak dibuat2 gitew..boleh?


bila belek2 foto album kan..susah betul nak jumpa gamba sengsorang sejakdah ada si Iman..so akak edit skit bley??gamba ngan iman..hahah..cover2 skit..BOLEY LA ek(bodek2..)...gamba ni aku suka sebab hubby yang terrrrrsayang yang captured gak..walaupon tgh buat muka buroks..tapi nampak cute gitew..boleyy?

harap2 menang la yer...

http://lamankasehiman.blogspot.com

Spek Mata Baruuuuu!!



alhamdulillah!!semalam petang My belooovvedd (hamboi2) Hubby...bawa balik new spec..actuallynya kami pilih last sunday!hubby yang tetiba kata...ummi iman (cover2)... jom p kedai spek..spek tu dah senget2 dikerjakan si Iman..apa lagi berbunga2 hatiku..abah iman (cover2) bayar?? (buat2 tanya)...bila abah iman jawap ..'YE LAH SAYANG" wahhhh...terus kaki aku cepat je p kedai tuh...pilih punya pilih..last2 aku decide yang ni..


syiiokknya tak terkata tgk spek mata baru..aku memang suka style old skool nih skit..boleh pakai sepanjang zaman aku rasa..ni la 1st time pakai spek mata yang mahai skit (org lain bayar la katakan) bukan apa..abah iman ni..cerewet skit...dia yang kata suh amik yang berkualiti skit biar leh pakai lama...

Thursday, June 24, 2010

Taman Botani Putrajaya

entry nak wat masa awal cuti skolah haritu..tapi disebbkan asik la terlope..maklum lah dah tua dah..masa 1st week cuti sekolah..tak silap hari rabu..parent n family akak dari penang datang jenjalan..kebetulan hubby pon balik awal..kami pon bawa diaorg rehatkan mata kat Taman Botani kat Putrajaya ni...


muka iman tgh serius melihat pemandangan..bukan apa..sekali-sekala bawak la tempat yang menenagkan ni...asik p tempat yang memenatkan mata je..kali ni bagi relex mata..



antara pokok2 yang ada kat taman ni...landskap dia memang cantik..


iman tgh syioookk tgk view..kami naik trem yang disediakan untuk pengunjung...nak cycle pon ada..nak jalan kaki pon boleh..masuk taman free je..naik trem n basikal kena bayar la...


pokok balak yang masih kecik yang ditanam kat sini

ni cousin iman yang ensem dan yang paling iman syiook sekali main ngan dia..sepupu dia ni nak ke tandas pon kalau bole nak ikut gak..wakakka


akhirnya..syiokk sangat tgk view..TERLALU relex...sampai tertido mamat nih..hehhe

sesiapa yang tak kesana lagi..p la..sekali2 skala nak keluakan peluh..jenjalan or cycle kat sana syiokk gak

Tuesday, June 22, 2010

jalan-jalan di ALAMANDA PUTRAJAYA

RAJINNYA...haha..napa aku sebut cam tu?sebab sampai 3post hari ni..bukan apa..beberapa hari ni aku busy..busy bukan apa..si iman tak nak duduk..so kena la wat keje time dia tido..ni pon tgh tidow la hero sorang ni..

last sunday, kami p cuci mata ka ALAMANDA.. iman kan dah boleh berjalan sekarang. so dibawah ni pic2 dia lah..yang tak bestnya..sonok sangat dia berjalan tu..dia tak nak pegang kita..duk syioook sangat nak main tangga...huhuk sampai tak larat nak layan dia nangis..siap guling2 lagi tuh..malu I!! hahahaha satu bahagian kat alamanda tu duk tgk kami..adeshh..macam2 la cik iman nih


masa ni tgh OK la..masa nangis guling2 tak leh nak amik gambo..tak sempat nak captured pon..



duk main air pancut kat center alamanda...


pegang2 sana...pegang2 sini...


tgh berjalan2 terkedek2..cute!!

kek coklat tanpa telur

resipi ni aku amik dari dapur kak CT... memang yummy..si iman ni plak kebetulan ada alahan so memang tak bagi makan telur..kek ni aku wat masa birthday dia.. nak beli kek sure diaorg letak telur..so...buat sendiri la yer!

walaupon nampak gelap..tapi memang sedap leee...


Bahan-bahan : (utk 1 loyang kecil)1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)


Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. (CT guna loyang 6x6x3 untuk buat 2 adunan).
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

urmmm.. sausage roll


ni sebenarnya aktiviti hujung minggu yang mana tah..ingat2..hujung minggu masa bola baru start haritu..dah lama tapi tak upload..hahaha..disebab kan dah kering idea sausage roll yang comel2 ni jugak la jadik mangsa untuk entry kali ni...boleh gitew?boleh kan aje lah yerr...ni aku wat waktu malam konon2 nak wat untuk sarapan hujung minggu..tu la yer..skali my hubby merangkap abah iman makan ngan sekali ngap..maklum lah kecik2 je..aku wat pakai cocktail nye sausage..


so, jamu mata je lah ye..kemalasan untuk menaip resipi..takpon nant kalau ada resipi nya aku edit post nih balik ye..


Monday, June 21, 2010

Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam
yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum waatuubu ilaih ( 3 x )

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Bismillaahirrohmaan irrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Related Posts with Thumbnails