Pages

Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

kek coklat tanpa telur dengan topping cream

Kek ni buat Last week tapi hari ni baru sempat nak upload picnya...kalai ni ummi buat kek coklat tanpa telur dengan topping whipping cream n coklat ganache...untuk si Iman..

Masa nak bake cake ni, si Iman dah boleh detect Ummi nak buat cake...dia cakap nak2 (sambil tunjuk oven) padahal Ummi baru nak sediakan bahan-bahan nak buat kek..



Bila dia tau Ummi dah siap buat kek...tak senang duduk la dia...


Nak hepi bday to u (kek)..hhahahahha...

jommm...makan....


Wednesday, October 19, 2011

kek coklat tanpa telur


Petang tadi sempat baking untuk makan anak2 petang ni...alhamdulillah..rezki2...Lama dah tak buat kek coklat tanpa telur ni...asik2 buat kek kukus itu pun untuk tempahan orang lain...



"ni Iman munya" setelah 3 slice dia makan....aduhai kesian anak ummi...lama dah dia tak makan kek coklat kan? disebabkan aqeel ada ekzema dan allergy dengan telur, tu yang terhasil kek coklat tanpa telur ni...


Saturday, October 15, 2011

Sepetang di Tasik Putrajaya

Gambar- gambar ni sebenarnya masih fresh dari oven ni..ngeh ngeh ngeh.... Last week kami bawak si Iman ke tasik putrajaya..suruh dia kayuh basikal kat sana...last-last apa yang jadi si kecik tu tak nak kayuh basikal, nak tidurrr je kejenya..sebab dia tak tidur tgh hari..


Kalau tak tidur tgh hr grumpy la dia...tak nak buat tu..tak nak buat ni....haishhhhhhhh


So? enjoy the scenery je ler....


Budak grumpy


Subhanallah...


Ada ikan dalam tasik tuuuu...


 Banyak giler...


Tuesday, September 13, 2011

Hari raya bersama Imam Muda Iman

pepagi ni sebelum sibuk...ummi update dulu pasal raya tahun ni...tahun ni iman tak pakai baju melayu tapi pakai jubah...

Alkisahnya..masa mencari baju melayu..abah Iman kata try out jubah plak..org lain pakai baju melayu kita pakai jubah..hehehheh..apa salahnya kan...

Sudahnya satu isi rumah panggil dia IMAM MUDA...aminn...


inilah rupa imam muda di pagi raya....


dia boleh wat muka cam tu lak...hahahah...soba yo lah


bersama-sama dengan sepupu yang lain..tak cukup sorang je lagi....

Wednesday, August 10, 2011

Kelebihan Solat Tarawih (Malam pertama hingga ke sepuluh)

Urm banyak plak entry hari ni eks?bukan apa hr ni dah hari kesepuluh...jadi ummi google la apa kelebihan solat2 kita yang dah dibuat pada malam lepas-lepas...alhamdulillah ummi sempat juga buat tarawih sebelum bercuti..(untung jadi org lelaki kan takde cuti2)...setiap kali bertarawih ummi akan bawak si iman..kalau abah je yang pegi, maka abah je la yang bawak iman..nak biasakan dia dengan surau n masjid..disamping tu dia boleh bergaul dengan org lain...

Disebabkan Iman tau Umminya sangat garang...Iman kalau nak ke mana2 akan minta kebenaran..dan alhamdulillah takde buat kacau dengan hebatnya...hahah..apa punya ayat lah...dia akan berkawan dengan kanak2 lain n main dekat belakang..

Korang lak? Bwak anak2 ke surau tak?Bagi ummi bagus untuk biasakan dia dengan tempat2 macam ni...jangan nak p makan luar...nak p tgk bunga api...nak p tgk pesta2 lain je sebukk nak ajak...sat g anak dah besar malam nak p surau..duk seboook ajak p pesta...caner??apa cerita??hahhahaha..tepuk dada tanya Iman...

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Monday, April 18, 2011

taska VS pengasuh

Salam sejahtera rakan maya ummi...la...dah bersarang dah umah ummi ni...wakakkaka...jap2 nak bersihkan tempat ni ye...

Minggu lepas abah Iman balik kerja dan bercerita tentang kejadian yang berlaku pada rakannya..

situasinya begini...

Abah Iman: "ummi iman.. nak tau x..kawan abah iman yang nama Z tu anak dia meninggal...baru umur 3bulan..". (termenung sekejap).."kesian dia dah la menunggu nak dapatkan zuriat tu 4tahun...dah dapat jadi begini la pulak"

Ummi Iman: "Innalillahiwainailaihirojiun....ketentuan-Nya la abah Iman..mungkin ada yang lebih n terbaik untuk pasangan Z lepas ni"

Itulah kejadian yang terjadi.. abah Iman pegi melawat pasangan tersebut di hospital minggu lepas bersama rakan-rakannya..Ini bukan kes pertama yang ummi dengar...di kawasan tempat tinggal ummi ni pun dah berlaku. Kes yang sama iaitu bayi umur 3bulan yang tercekik susu. kejadian berlaku pada bulan lepas. Kes kawan abah Iman pula berlaku di tangan pengasuh. Katanya dia jaga baby pasangan Z tu je..takde jaga yang lain pun...

Kes yang berlaku di taska pulak..terlalu ramai baby yang perlu dihandle sampaikan tak terjaga baby tu masa dia nyusu...jadi pengasuh taska sendalkan je botol pada baby masa dia menyusu...(sangat bahaya)...

Jadi??? Kesimpulannya...ada banyak negatif dan positif menghantar anak ke taska atau ke rumah pengasuh...

TASKA...
  1. Ramai penghuninya tetapi kurang penjaganya(bukan semua taska begini)
  2. tumpuan pada anak sangat kurang
  3. anak cepat bergaul dengan org lain (ramai)
  4. sangat berdikari
PENGASUH
  1. Penghuni yang tidak berapa ramai
  2. tumpuan lebih banyak
  3. berdikari
Walaubagaimanapun, di mana kita letak baby/anak kita pun kita perlu buat kajian dengan teliti. Kalau boleh hantar awal sedikit dan lihat bagaimana dengan anak kita bila berada di sana...jika anak nampak baik tiada kesan yang tidak diingini.. macam Iman dulu..Ummi letak di taska lebam di dahi..2minggu je ummi letak sana...dengan ruam n macam2..last2 ummi mintak tolong mak ngah iman jaga iman...lebih diyakini.

Jangan terlalu mengharapkan penjaga itu akan mengasihi anak kita lebih atau sama dengan cara kita mengasihi anak kita..cuma berharaplah dia akan menjaga anak kita dengan sehabis baik yang dia boleh... (caner la ayat ummi ni kan....)






Saturday, February 19, 2011

daddy and son day out!

Melihatkan tajuk tu dapat menggambarkan macam mana keadaan ummi di rumah tanpa 2 hero ummi yang tercinta... cewah... sambil tu seronok juga kan? Rileks sorang2 sambil mengemas n memasak tanpa gangguan n kecoh2.. Abah Iman dan Iman ke surau meraikan sambutan maulidur rasul di surau di rumah kami ni. Ummi bukan tak nak pegi, tapi banyak keje yang tak pernah habis ni terbengkalai. Ini pun tengah curi masa setelah masukkan baju2 untuk kali ke-3 di dalam mesin basuh. baju dalam bakul yang sebakul tu tak disentuh lagi untuk diseterika. adehs....

Kadang-kadang ummi biarkan je dan kelua kejap ke rumah. duduk dirumah ni memang tak boleh nak duduk saja-saja. Ada je nak dibuat dan ada je yang perlu difikirkan. Jadi dalam masa sekejap ni ummi nak rilex dirumah sorang2 n buat keje slow2..hahahha..oklah semua selamat berhujung minggu!

Wednesday, January 19, 2011

JAHAT dari Stacy – kalah di AJL, juara di hati..


Salam buat semua yang mengunjung disini..ummi nak cerita pasal perihal iman hari ni...

Melihatkan pada tajuk hari ni, sure ingat ummi nak upload lirik lagu jahat atau upload videonya..maaflah kalau ummi menghampakan semua. Walaupun stacy kalah pada juara lagu yang lepas ni. Banyak betulkan kontroversi pemenang kali ni kan..okay2...sudah2..bukan itu yang ummi nak cerita.

Ummi nak cerita pasal aura lagu Stacy ni pada kanak2.. ish2..memang kuat tau auranya, si Iman pun sekali la ni. Pantang dengar lagu Jahat dari Stacy ni dia confirm akan bergoyang-goyang dan angguk-angguk kepala. Lagu lain pun ada juga dia buat aksi, tapi tak sehebat lagu stacy ni...kuat goyangan dia..haha... kelaka la plak ummi tengok.

Situasi yang kedua, baru-baru ni sepupu iman datang kerumah. Terus tanya laptop dan internet, ingatkan nak buat apa lah..rupanya nak tengok video di youtube. Lagu apa??? Lagu Jahat dari Stacy lah!!!

Apapun kepada Stacy, ummi nak ucapkan tahniah kepada dia..walau dia kalah di Juara lagu, dia Juara di hati kanak-kanak! That’s the best!

Friday, October 22, 2010

cucuk jangan tak cucuk

Haritu cik julie datang umah ummi...datang bersama ngan enchik photographer dia lah...cik julie datang malam kalau tak silap ummi...so ummi jamu makan malam...masak simple2 je..diaorg ni bukan demand sangat pon..ummi goreng telur dadar je pon dah OK..miahahhaha...sorry cik julie...

Lepas je makan-makan...Enchik photographer pon duduk berborak dengan abah iman...tgh2 berborak si Iman membuat aksi2 yang cute ala-ala chumel gitew..miahahahha

Tetiba je..enchik photographer cakap...eh dia pandai cucuk la.. cucuk apa???korang tengok ni ye...



*Jangan fikir cucuk bukan2 ye..Iman cucuk USB ni...*




*Tengok tangan comel tu...*




*dah bosan dah..tak dapat nak cucuk tu....*




*sambil2 tu sempat tgk Tv gaks*




*Last2 tetikus tu jadi rantai plaks...
*


itulah aksi iman yang terbaru ye...dia dah pandai nak cucuk2 laks..hehhehe

Monday, October 18, 2010

ATUK Iman Masuk Wad balik

Ummi dalam MODE sedih sekarang ni....
Atuk Iman memang ada Asthma, memang selalu berulang ke hospital sebab masuk gas...
kali ni ntah kenapa kena tahan wad plak...
DOAkan Atuk Iman cepat sembuh n keluar Wad Hospital cepat2...

Monday, July 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!


alhamdulillah genap setahun lagi usia ummi iman ni...tapi dalam kegembiraan nih teringat plak la semakin tua kita ni...semakin dekat kita denga-NYA..bukan apa...sekadar mengingatkan diri sendiri..huhuks..

ok stop..aku baru balik dari kampung..seminggu kat kampung..huhuk..best..si iman je buat hal kengkadang..rindu ngan abah nya kot...masa abah iman datang amik kami sabtu lepas huih..suka hati dia...semalam tak nak lepas abahnya..takoot abah dia tinggalkan dia lagi kot...haha...kelaka la gelagat si kecik ni

cerita pasal hubby n birthday!apa hadiah hubby nak bagi nih??abah iman dah janji hujug minggu ni baru beli...hadiah apa???RAHSIA la... :P

I LOVE U abah iman..

Saturday, July 17, 2010

ATUK dah Discharge dari wad

ALHAMDULILLAH..atuk iman dah kelua dari wad petang semalam...atuk man kena tahan wad sebab sakit mata yang teruk..bengkak walau pon baru kena jangkitan..sakit mata macam dah lebih seminggu kena..bengkak dia bukan main...

semalam doktor bagi kelua..alasan 'pakcik..pakcik kena kelua la dari wad..sebab kami takut terkena kat patient lain'...itulah alasan nya..bley??

apapun TQ kepada yang sudi doakan atuk Iman sehat n dapat kelua wad..

mode: HAPPY!!!

Friday, July 16, 2010

DOAKAN ATUK IMAN SEMBUH

kami nak bersiap pulang kejap lagi...atuk iman ditahan Wad, nenek iman kata tak teruk tapi maybe kami akan stay sana selagi atuk iman tak kelua wad...

doakan atuk iman cepat sehat tak duduk dalam wad lama-lama...kesian atuk!

Tuesday, July 13, 2010

Kisah ke Hospital Kuala Lumpur

pagi tadi kami bergegas siap ke KL...awal pagi..tau la..kalau pagi2 kat KL ni JAMMED la...jalan nak ke HKL da usHar2 ngan abg long ku....dia memang expert KL...keje kat KL...so...aku nak kongsi cerita pasal ari ni plaks...harap2 kami tak makan buah langsat(sesat) la hari ni...

Situasi di rumah
- bangun siap2 dulu...aku je...then kejut abah iman plak..iman last sekali...lambat plak dia bangun..penat sangat kot....semalam main ngan pakcik2 nya yang datang..peberet uncle dia..hehe..
- iman melalak skit...maklum la mandi air sejuk je pagi2..tapi ari mandi awal...sejuk skit la...
- sarapan disiapkan ole my hubby sayang (LOVE U)


Situasi di perjalanan
- bertolak keluar...isi minyak siap2...
- iman main stereng kete macam biasa...bila abahnya da siap dia mula la tak nak duk ngan ummi nya...duk seboook nak main..last2 pujuk2...dia pon tertidor
- kat tol sg besi sangat lancar..tak jammed pon...


- masuk skit KL mula Jam...tambah2 jalan yang kami nak p...ke Jln Tun Razak..
- dapat la tgk view KL...al-maklum la...da lama tak tengok KLCC...KL Tower..Hahaks...sejak pindah dari sibu tak ke KL pon...paling jau ke shah alam n PJ..


- masuk terowong jammed gak la...
- masa kat simpang jalan loke yew ngan jalan tun razak...jammed sangat teruk..ada la polis terapik yang jaga..dia duk sebuk panggil kete kat depan2 kami...kami lebih kurang kete ke 5 dari polis tu...polis tu marah2 sebab kete depan tak nak ikut arahan dia..untuk masuk ke kiri jalan...
* yang aku tak berapa nak suka pasal polis tu...dia bley cakap pemandu tu bodo...urmm..dia nak stay jalan kanan mesti la dia tak nak masuk ke jalan loke yew...dia nak ke Tun Razak cam kami...kang kalau dah ke kiri nak masuk kanan gaks..dah potong org depan..beratur je la...
* mesti polis tu tensen...tu nak lepas geram kat org lain...hahahaks
* disebabkan polis da panggil kami pon masuk ke kiri n ten masuk ke kanan balik..sebab kami 1st time kat sana..nasib baik tak ikut kiri terus....adesh

Situasi sampai ke HKL
-masalah parking la wei..apo laie..hospital bagus dah...siap separate bangunan..tapi parking nya jauh nak berjalan ke klinik kanak-kanak...lenguh gak la berdukung iman...abah iman bawak beg ummi..beg bekal iman..beg bekal abah n ummi(hamboi2)
-parking kena bayar lak tu...pastu da bayar it's own risk plaks..adesss....buat apa bayar kalau gitu

Situasi di Klinik Pakar Institut Pediatrik
- tanya kat bahagian pertanyaan.. (sangat best n arahan bagus n sangat mesra) sejuuk ati walaupon penat berjalan
- sebab ada surat refferal so..kami terus masuk kat klinik pakar...sekali yang wat aku hampa ialah...doktor pakar kulit takde..dia bertugas pada ari2 yang tertentu..so nurse set masa 29b julai pukul 2.30pm untuk datang lagi.
- aku request juga untuk jumpa doktor yang bertugas hr ni untuk check iman lagi sekali
- daftar kat kaunter depan...semua petugas sangat bagus n baik hati (terubat sikit la kekecewaan tadi)
- dapat number 13..masa tu patient number 9...pukul 10am...so, kami tunggu
* walaupon macam tak ramai tapi waktu patient duduk kat dalam tu sangat lama...
* iman main2 kat luar..berjalan bersunggu-sunggu..kali ni aku yang usar...abah iman duduk tgk number..iman berjalan sesuka ati...keluar..masuk...p kedai..p masuk wad...aa..aku ikut je..
* masa number 11 aku masuk balik...dukung si iman...umpan dia makan roti..minum susu n air..akirnya tibala number kami

Situasi di bilik rawatan
- doktor senyum n baik ati
- pemeriksaan yang terperinci...
- soalan yang dikemukakan sangat baik (soalan tentang history iman)
- belek iman hampir setiap sudut..
- penerangan yang sangat baik
* dari segi ubat n sakit iman
iman pon tak nagis n appy jumpa doktor tu...siap nak ajak berbual lagi
* versi iman...ete..ete...tet tetetete...
* settle pukul 12pm

Situasi di Farmasi
- pegawai farmasi sngat murah senuman
- tak lokek ilmu... (penerangan bagus)
- sangat baik ati (tulis semua list yang aku minta)


BALIK DENGAN ATI YANG SENANG!!!!nant jumpa doktor pakar 29hb ni

Sunday, July 4, 2010

berjalan di JUSCO

first time nak upload video kat blog..skit punya lembap la pakai berukband nih...uishh..ikut hati nak bertukar je nih..hehehhe..sabau...sabau...

ni video iman berjalan semalam..syiook plaks tengok dia terkedek-kedek berjalan kat pasaraya tuh


Saturday, July 3, 2010

Aksi si Cilik

hari ni cam lembap skit fizikal n mental..belek2 komputer ni terfikir nak upload gamba iman...aksi n memek muka dia.. :P

gambar pertama kat umah nenek dia..abah yang captured (FYI:gamba iman kebanyakan memang abahnya yang captured..berseni skit..kalau ummi nya amik sure comot2..wakakak


ni lepas dia sengih2 tetiba je abah dia sempat captured dia wat muka "huduh"...


ni masa makan biskut..



ni masa tgh main sin chan.. sin chan ni actually nya dah berkurun.. ( my hubby beli time kami bercinta-cintun lagi)...sekarang bagi kat iman plak.



ni aksi kalau nak buka baju...hahaha...nak mandi la yer...saja je sangkutkan baju kat atas kepala dia..sure dia marah n nak amuk je..


ni adalah masa "INDAHNYA IMAN" di saluran astro 106... tiap kali slot ni sure dia duduk diam2 n tgk je TV tu..abahnya panggil " IMAM MUDA KECIL "...


ni muka 'stim'..muka nak tido ngan mata dah layu tuh....


ni masa kat lemongrass rasanya..tak berapa ingat la...apa lagi..masa makan sure main sudu nye...staff kat situ sure bengang...iman duk main sudu...main n jatuhkan. SORRY!


punya la syioook ye...ni muka cute nih..captured masa dia tgh awal2 duk kat kusi tu..separuh masa akhir..minta maaf la...mengamuk je la keje nya...masa amukan berlaku takde la kami sempat nak captured..


actually tgh menyopping..kena duduk dalam troli...sebab dia dah tak nak duduk kat stroller dia...hehe...(masa belum potong rambut)


ni aksi terbaru yang seboook dibuat setiap hari...geram je kadang2 kalau dia buat macam ni

Saturday, June 26, 2010

handphone dan anak2 sekarang

Zaman sekarang nih..budak sekolah rendah pon dah pakai HP..kita dulu ya rabbi..nak tgk HP pon tak reti..maklom la..masa time aku HP macam botol air..besa gedabak..ekeke..bukan apa sekarang ni tak leh nak salahkan sesapa kalau anak2 mintak HP..

sekarang ni gejala sosial semakin berleluasa..kalau bagi HP tu kita boleh track diaorg kat mana..takde la risau sangat ye tak?Iman kecik lagi..umur baru setahun pon dah bukan main bergaya ngan HP..ni antara aksi2 yang sempat aku captured kat umah...


sambil letak kat telinga tu dia membebel..macam la tere cakap..


kalau dia tgh pegang Hp tak leh la nak kacau...kalau HP kita berbunyi dia la sebukkkkk nak mengambilnya..(padahal bukan tau picit pon)


bersungguh2kan??hahhaha

aksi2 si kecik...


ni baru umur setahun nant dah besar skit caner???

Saturday, May 29, 2010

Prihatin yang tak bertempat

hari ni kami ke Seremban untuk pergi ke klinik pakar kulit...nak check kulit iman yang kena eczema..ntah kenapa kulit dia yang kena kali ni lambat sangat nak sembuh..harap2 lepas jumpa doc pakar ni hilang la semua...sedey tengok kulit dia yang macam tu..

On The Way kami ke Seremban lalu PLUS highway la kan?urmm...jammed terukk baru je jalan 20 min dah jammed...dari exit bdr putra mahkota sampai la ke rehat seremban tu...puncanya hanyalah lori yang tersadai kat tepi...ada 3 lori yang rosak kat tepi jalan...itulah SIKAP PEMANDU MALAYSIA yang TEERRRRRsanGGaaTTTT PRIHATIN..PRIHATIN YANG TAK BERTEMPAT...kalau ak bantu takpe la..kalau dah tak mampu nak tolong tu drive je la terus..ni seBUuuOOokkkk nak tengok lori kat tepi tu...masalahnya org lain yang terkena IMPAK MAKSIMA akibat sikap prihatin pemandu ni...

aku nih makin bengang la..dah la aircond kete hubby wat hal...dengan kulit iman yang tak berapa nak sehat..kulit iman ni tak boleh nak kena panas skit..takleh berpeluh..siannn kat Iman ummi...urmm...sabar je la nak wat caner ye tak?

kalau korang terbaca artikel ni...dah termasuk dalam golongan yang PRIHATIN TAK BERTEMPAT ni...tolong la ubah sikap yang tak berapa nak positif ni....menyUSAHkan orang lain la babe!

sekarang dah kat umah..dah mandi..dah sejuk...heheh..iman pon dah selesai jumpa doktor...n harap2 semua OK!!

Selamat berhujung minggu semua!

Sunday, May 16, 2010

pictures of a botak boy!


Gambar iman yang sempat di captured sebelum digondolkan rambutnya..p window shopping kat jusco before p umah adik hubby kat balakong

konon2 nak beli hadiah iman untuk birthday dia..tgh pilih2 syok plak dia main ngan patung2 tu..boleh dijadikan bantal dia..2 in 1..okla kan?


last2 kami beli bantal untuk neck nih..boleh la pakai masa nak balik kampung kat terengganu ni...gamba ni abah dia nyakat..kelaka tol..tensen je iman kena sakat ngan abah dia..tensen je muka dia..


ni gamba dia bangun pagi tadi...nampak tak beza rambut dia tu?nampak nakal kan?tak kesah la..rambut pendek ke panjang ke i'm still cute!hehehe..ummi dia lak yang perasan lebey


pose sambil tgk TV..tak sedar dia kena ambil gamba...abah iman duk panggil iman budak botak je...iissshhh abah dia nihh

Saturday, May 15, 2010

rambut style baru

hari ni genap 1tahun n 2hari umur iman...hari ni umah adik hubby kat balakong...iman dah dapat rambut baru dicukur oleh uncle nya yang terchenta...cute sangat!

sorry..tak sempat nak upload gamba..actually tak sempat nak ambil gamba pong...dia duk merengek lepas cukur rambut tu...n asik nak tido je..la ni pon tidow...tak leh nak captured..tak sempat..esok2 insyaAllah kalau sempat captured gamba iman with his new hair style aku uploadkan gamba

so cute!!!so suka hati...

Related Posts with Thumbnails