Pages

Saturday, July 10, 2010

Istighfar

Istighfar (meminta ampun) dan taubat


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.


Sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.


Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.


Nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.


Sabdanya yang bermaksud:

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.


Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

Friday, July 9, 2010

JUDI!! dan kesan pada masyarakat


Dari ustaz nasruddin tantawi:
http://wind. prohosting. com/tantawi/ soaljawab/ jawap1.html

Dari Ustaz Abu Umair - MA Madinah (Panel Al-Ahkam.net)

- Jika hadiah pertandingan dibiayai oleh pihak kerajaan atau pihak penganjur, maka hukumnya harus dan tiada unsur perjudian.

- Jika hadiahnya dibiayai oleh seorang atau beberapa individu yang tidak menyertai pertandingan, hukumnya juga adalah harus.

- Jika hadiah pertandingan diambil daripada yuran setiap peserta, maka dalam kes inilah berlaku khilaf antara ulama, kepada beberapa pendapat. Jumhur ulama mengatakan haram, kerana ia satu bentuk perjudian.

Sedangkan perjudian diharamkan secara nas dan ijmak. Kecuali dimasukkan dalam pertandingan itu seorang atau beberapa orang muhallil. Maksud muhallil ialah: mereka yang masuk pertandingan tanpa sebarang bayaran, tetapi apabila dia menang, dia layak menerima hadiah. Kemasukan peserta muhallil ini adalah untuk mengelak berlakunya judi.

Dalil haramnya pertandingan seperti ini dan menjadi harus dengan adanya muhallil ialah hadis Said Bin Musayyib daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa memasukkan seekor kuda (yg tidak mengeluarkan bayaran) antara dua kuda (yang mengeluarkan bayaran), sedangkan dia tidak selamat daripada dikalahkan olehnya, maka tidak mengapa".
Direkod oleh Ahmad (no: 10557), Abu Daud (no: 2581), Ibn Majah (no: 2876).

Pendapat kedua: mengatakan pertandingan seperti ini adalah harus kerana umum hadis yang membenarkan mengadakan perlumbaan, tanpa dijelaskan tentang perlunya ada muhallil.

Manakala hadis Abu Hurairah, ia dipertikaikan kesahihannya daripada Nabi SAW.
-Kata Abu Hatim: Ia adalah silap.....tidak wajar dikatakan ia daripada Nabi SAW. Paling-paling baik pun, ia adalah kata-kata Said bin Musayyib. (Ilal Ibn Abi Hatim 2/252).

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 28/22.
- Al-Furusiyyah; Ibn Qayyim m/s 20.
- Al-Musabaqaat Wa Ahkamuha Fi al-Syariah m/s 76.

Thursday, July 8, 2010

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.

"Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.

"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku."
, sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Wednesday, July 7, 2010

Wangi Harum Masyithah

urmm...aku tetiba dapat email ni dari seorang sahabat...kisah yang mungkin kita dah lupa...sebab lumrah manusia ni memang mudah lupa!takpe2...kita rewind balik kisah masyithah ni...sambil baca2..kita renungkan...

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,"Pada saat malam terjadinya Isra’ saya mencium bau harum, sayapun bertanya,"Ya Jibril, bau harum apakah ini?

Jibril menjawab,"Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir’aun (Masyithah) dan anak-anaknya.”

Saya bertanya, ”Bagaimana bisa demikian?”
Jibril bercerita,"Ketika dia menyisir rambut putri Fir’aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca ”Bismillah (dengan nama Allah).”

Putri Fir’aun berkata,"Hai, dengan nama bapakku?”
Masyithah berkata,"Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu.”Putri Fir’aun bertanya,"Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?
Wanita tukang sisir itu menjawab,"Ya.”
Anak putri Fir'aun berkata, 'Akan aku lapor¬kan pada ayahku.'
Wanita tukang sisir menjawab, 'Silakan!'
Putri Fir’aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir’aunpun kemudian memanggil Masyithah.
Fir’aun bertanya,"Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?”
Masyithah menjawab,"Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Kemudian Fir'aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.


Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir’aun,"Saya mempunyai satu permohonan.”
Fir’aun menjawab,"Katakanlah.”
Masyithah berkata,"Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan.”
Fir’aun menjawab,"Akan aku penuhi permintaanmu.”

Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu.

Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,"Terjunlah Ibu! Ayuh terjunlah, azab dunia lebih ringan daripada azab Akhirat.” Mendengar anaknya berbicara si ibu langsung terjun bersama bayinya.

Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma’uz Zawa’id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza’. Kisah dari seorang wanita bernama Masyithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir’aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

IBROH (Pelajaran yang dapat dipetik):
1. Anjuran untuk tetap sabar dan teguh ketika muncul fitnah.

2. Balasan itu sesuai dengan jenis amal yang dikerjakan.

3. Bagi yang bersabar dalam memegang teguh agama dan tidak takut dicela orang nescaya memperoleh pahala dan ganjaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah dalam QS: Az-Zumar: 10,
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas."

4. Seorang muslim diperbolehkan mengajukan permintaan yang mengandung kebaikan sekalipun kepada thaghut, sebagai¬mana kisah ini. Wanita tukang sisir anak gadis Fir'aun meminta agar tulang tubuhnya dan anak-anaknya dikubur menjadi satu.

5. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa memberi jalan keluar untuk para waliNya dari musibah atau bencana yang menimpa.

6. Ketetapan karamah Allah yang diberikan bagi orang shalih dan shalihah.

7. Karamah termasuk dalam kategori peristiwa langka dan luar biasa.

BOLEH KE KITA MENJADI SEPERTI MASYITHAH??renung2kan...selamat beramal..

Mangga Online ADS

Mangga Online Ads ?

Aku join mangga online ads setelah buat BW, disebabkan aku ni dah letak macam2 iklan kat laman nih..apa lah salahnya kalau aku masukkan lagi satu si mangga ni....

Berbaloi ke tak?

Sebenarnya aku pon tak tau berbaloi ke? Kenapa?

  1. Aku cuma join untuk test sahaja, tengok-tengok samaada ok ke tidak. Sekarang ni baru saya letak iklan kat blog ni.
  2. Setelah pasang ads ni selama 2minggu (sebab mangga ads hanya review setiap 2minggu) aku baru dapat RM1.31..bagi yang otai2 blogger mesti cakap..kesian nya lah si ummi iman nih...tu..je...hahahaks..bukan apa...traffic blog ni pon bukan kencang mana...huhuk...

Kelebihan ManggaAds

Ini aku amik dari orang lain tentang kelebihan mangga ads....banyak yang tak tau sebab mangga ads ni tak bgtau apa kelebihan diaorg kat website diaorg...meh la aku bgtau skit sebanyak yang aku tausuapaya kaalu2 ada org consider nak join.

  1. Ianya berdasarkan social based ads, kalau waktu beta dulu, untuk setiap iklan tu siap boleh rate lagi iklan tersebut. Itu dulu waktu beta, sekarang ni bila tengok ads yang keluar, takde pun tempat untuk rate macam dulu.
  2. Ada income based on impression bukan sahaja per click. Ini adalah satu kelebihan bagi blog yang ada ramai visitor. Saya baru dapat $0.02 sen daripada 301 impression dengan harga 0.07 per 1000 impression. Kalau trafik anda tinggi lagi tinggi lagi tinggi boleh dapat duit.
  3. Iklannya boleh tahan juga sebenarnya. Daripada syarikat cat pun ada, daripada syarikat Fedex pun ada. Kira pengiklan tu pengiklan yang kaya-kaya juga lah.
  4. Mangga Online Ads ni juga bawah utusan, or bawah mangga online, jadi company tu memang boleh dipercayai dan ada reputasi.
  5. Boleh juga menambah rakan blogger ataupun dikenali sebagai partner. Jadi bertambah lah kawan-kawan blogger. Boleh hantar PM dan boleh tulis kata-kata semangat untuk partner2 kita.
  6. Rate bayaran untuk blogger juga diclaim berbaloi dan lebih tinggi daripada program advertising yang lain.

Keburukan....

  1. Kelemahan utama sistem mangga ads ni ialah setakat ni tiada penerangan yang betul-betul lengkap berkenaan manggaAds ni. Jadi agak ramai blogger yang tertanya-tanya. Bila orang tertanya-tanya ni kurang sikitlah trust.
  2. Pada waktu post ini ditulis, saya sedikit rasa kurang senang sebab banyak kali juga mengalami 504 Gateway Timeout, ketika cuba mengakses menu-menu dalam ManggaAds. Namun begitu saya percaya masalah ini cuma temporary.

Mau cuba Mangga Ads?

sila lah try mangga ads..bagi yang nuffnangers yang tak nak ilang status geli2 tak yah la..bg yang pasang semua cam aku nih..sila lah mencuba tak salah pon... nant jangan lope add aku kat komuniti korang...

ummi iman

Tuesday, July 6, 2010

akan dapat broadband baru...

mesti korang tertanya-tanya apa yang aku maksudkan..hehehe...kisahnya terjadi begini :-

(perbualan malam tadi)

abah iman : kita beli ummi iman modem broadband baru lah...

(aku terkesima kejap)

ummi iman: YAY!!! yeke abah iman?????

abah iman: ye lah...sekarang modem dah murah..bukan macam kita beli yang ni (tgh Guna) dulu...

ummi iman: muakhhhhh abah iman (18SG)

hehehe..aku memang dah ada laptop..hubby aku pon ada...kalau malam sure kami berebut laptop..dia nak guna...aku pon nak guna....akhirnya bila dia mengemukakan cadangan tersebut...

MAKA???melonjak kegembiraan lah aku!!YAYAYAYAYAYAkkk

Monday, July 5, 2010

LENSA BURUK, THE CONTEST



dah lama sebenarnya nak join tapi asik la bertangguh...nak pilih mana satu gamba yang patut diambil...so jumpa contest ni waktu buat jogging blog..hahaha..apo laie..

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan "Lensa Buruk, The Contest " :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Tidak mengira umur. [done!]

2. Hendaklah mempunyai blog sendiri bagi memudahkan Ti Anne Mohd Yassin untuk menerjah anda. [done!]

3. Perkara wajib adalah menjadi FOLLOWER Lensa Buruk. Bukan Follower tidak akan dilayan. [done!]

4. Letakkan banner di atas di side bar blog korang dan pastikan ia terlink terus ke http://annemohdyassin.blogspot.com [done!]

5. Tema bagi foto pilihan anda adalah bebas, samada mengenai Landskap ataupun Potrait. [done!]

6. Hanya satu foto sahaja layak dipertandingkan. Foto hitam putih layak dipertandingkan. Foto yang di edit secara melampau tidak akan di layan. Ini pertandingan tangkap gambo ye, bukan pertandingan graphic design. =P [done!]

7. Pastikan anda menggunakan kamera telefon bimbit di bawah 10 mega pixel dan 2 mega pixel 1.3 megapixel ke atas semata-mata bagi memudahkan penilaian. Kamera digital lain adalah dilarang sama sekali. [done!]

8. Pastikan tajuk entri anda ialah, "LENSA BURUK, THE CONTEST" . Sertakan Tajuk foto anda, Model telefon bimbit dan lengkapkan slogan di bawah foto yang anda pertandingkan mengikut format berikut : [done!]

Tajuk foto : my precious moment
Model Telefon Bimbit : Nokia 6120c 2.0 megapixel
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana blog ni banyak pamerkan foto-foto yang best disamping penyampaian yang sempoi



-Kemudian Tagkan kepada 5 orang rakan anda yang berbakat-
mangsanya ialah
ReramaUngu
kak Azatie
Atyn zaini (dia suka bergamba)
caer (dia pon suka bergamba)
mr curly
zakiah


9. Sila laporkan terus di ruangan komen entri contest ini, bersertakan URL entri di blog anda, sekiranya anda telah mengikuti semua langkah-langkah di atas. [Done!]

10. Ti Anne akan menerjah blog anda dan akan updates kan setiap penyertaan di dalam entri ini. :) Sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada 1 Ogos 2010. :)


Hadiah bagi Pemenang bertuah : RM30. 00 akan di bank in kan trus ke akaun anda. :)

jadi..gambar yang dipertaruhkan ialah......

#

#

##

###



gambar anak tersayang ni la...waktu bersalin tak bawak kamera or video hanya HP nokia tu je la yang ada..my precious moment

Earning Nuffnang Hari Isnin

baru la aku tau setelah wat blogwalking dan membaca2 sedikit sebanyak daripada rakan2 maya ni..ropenya kalau nak tgk earning kat nuff tgk setiap hari isnin...

dulu2 masa baru2 tiap2 hari aku check..hahaha...sekarang dah tau takde la nak check sangat.. sebab kalau ADvertletS diaorg akan bayar daily...tgk berapa banyak pengunjung..click tu macam tak berapa nak memberi makna sangat la...(ishh...korang klik la ye...)apa lah yang aku kata nih...ngarut je..

aku baru je dalam dunia blogging ni..sebab tu semua aku letak, nuffnang, advertlet dan juga mangga. aku nak tengok mana yang earning tinggi. kalau yang tak memberi makna apa2 aku akan buang la...

stat geli-geli dari nuff tu bila2 je bley dapat... (huahuahua)

JADI???dah CHECK akaun nuff??hari ni hari senin la

Sunday, July 4, 2010

berjalan di JUSCO

first time nak upload video kat blog..skit punya lembap la pakai berukband nih...uishh..ikut hati nak bertukar je nih..hehehhe..sabau...sabau...

ni video iman berjalan semalam..syiook plaks tengok dia terkedek-kedek berjalan kat pasaraya tuh


Related Posts with Thumbnails