Pages

Saturday, May 15, 2010

rambut style baru

hari ni genap 1tahun n 2hari umur iman...hari ni umah adik hubby kat balakong...iman dah dapat rambut baru dicukur oleh uncle nya yang terchenta...cute sangat!

sorry..tak sempat nak upload gamba..actually tak sempat nak ambil gamba pong...dia duk merengek lepas cukur rambut tu...n asik nak tido je..la ni pon tidow...tak leh nak captured..tak sempat..esok2 insyaAllah kalau sempat captured gamba iman with his new hair style aku uploadkan gamba

so cute!!!so suka hati...

Friday, May 14, 2010

lawak atau kesian??


Lawak 1

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2. Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

situasi pertama???apa yang korang rasa kalu jadi mak budak tu??rasa nak sekeh2 je budak tu?atau rasa bersalah?pikir2kan....baca yang 2nd nih...lagila kena pikir..
Lawak 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka pintu.
Budak : derma ape bang?
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

situasi ke 2..kesian kat org yang nak minta derma tu yer tak?dah nak kena angkut datuk budak tu! urm..itulah dia mentaliti org moden sekarang..yang tua di tinggalkan di tepi jalan..ditinggalkan rumah org tua.apa yang korang rasa kalau mak ayah korang tinggalkan korang kat umah lain?mesti sedihkan?bila dia dh besarkan kta..jaga kita dengan elok..bagi pendidikan yang baik..hargailah mereka sebaiknya..jangan la pegi hanta kat umah org tua...atau tinggalkan kat tepi jalan..

Thursday, May 13, 2010

a big happy things happen today! happy birthday dear


ALLAH selamatkan kamu...

ALLAH selamatkan kamu...

ALLAH selamatkan Iman...

ALLAH selamatkan kamu...

genap setahun dah anak ummi yang terchenta nih..sekejap je kan?pejam celik..pejam celik dah setahun...aku ada video dia kat playground. actually ada kat youtube kat kelekuk99 kalau senang2 drop by kat sana..tgk2 video iman yang lucu2..nak try upload kat sini tapi ya rabbi lambat sangat..letey menunggu nak upload nya..kalau rajin p la kat youtube click je kat kelekuk99 nih

Wednesday, May 12, 2010

biskut hangus

Hari aku dapat story pasal biskut yang hangus...walaupon tajuk biskut hangus tapi ada interesting story n akan buat semua pembaca terharu... kalau tak terharu korang ni pon cam biskut hangus la gak...boleh gitew?

situasi nih berlaku pada seorang budak yang nak makan sarapan bersama mak n ayah dia..mak dia prepare sarapan pada malam sebelum pagi tu.. so pagi tu dia makan sausage, telur n biskut... tapi malam semalam mak dia buat biskut yang dah TERhangus...nak wat caner...hidangkan jela...

budak tu tgk..ayah dia tak komplen langsung kat mak dia...ayah dia makan n habiskan biskut atas pinggan sambil berbual ngan dia n tanya pasal sekolah dia..dalam kepala otak dia duk fikir..napa la ayah dia makan biskut hangus tu...
bila selesai sarapan dia bangun n basuh pinggan... sambil2 tu terdengar mak dia minta maaf kat ayah dia..maaf abang...saya masak biskut hangus untuk abg pagi ni...

budak tu memikirkan perkara u sampai lah ke malam n buntu...last2 dia tanya ngan ayahnya..'betulke ayah suka makan biskut hangus tu?" n jawapan ayah nya ialah "mak kamu telah memberikan sepenuh hatinya untuk membuat biskut tu untuk kita walau setelah penat bekerja seharian...sedikit biskut yang hangus tidak akan menyebabkan org terluka"

apa yang sepatutnya kita tahu, hidup memang penuh dengan perkara yang kurang sempurna termasukla manusia...kadang2 kita pon terlupa n tak sempurna la maksudnya...lupa tarikh2 penting n macam2 lagi...

apa yang aku dapat daripada cerita nih??sebagai suami atau isteri kita patut hargai pasangan kita...kadang2 ada salah silap skit tu ampun n maaf kan je la...untuk hubungan yang lebih kukuh n erat kan?semua dalam kepala kita n hati kita... 'tepuk dada tanya selera...benda2 nih semua atas kehendak kita...

kadang2 pasangan kita dah buat sehabis baik untuk kita dan kita tak perasan atau sengaja buat2 tak perasan...hargai mereka...terima mereka seikhlas yang mereka ada...saling memahami adalah kunci kekuatan sebuah perhubungan. jadikan hubungan parent n anak2 satu perhubungan yang bermakna untuk kita...

jadi!!!kalau sekali2 isteri masak tak sedap tu..jangan la komplen banyak sangat...dia dah buat yang terbaik untuk anda...




Tuesday, May 11, 2010

No sweat ...


sweat tetap sweat jugak masa2 panas nih..sekarang ni cuaca tak menentu kejap hujan kejap panas..bila panas memang tak hingggaaat punya panas..urmm..kena jaga2 lah ye kesihatan...kesiahatan yang baik anugerah dari-Nya. sekarang ni sakit betul tekak kurang air gamaknya.. urmm..cerita-cerita pasal cuaca nih..masa balik kampung haritu punya lah panas..kesian iman.. melekit2 je badan..dah la kulit nya sensitip...memang la sweating je keje nya. budak tak reti duduk diam..budak rajin la katakan..hehehe...

nasib baik la budak kecik kan...kalau dia berpeluh pon kita bawak dia p mandi n peluh diaorg pon tak berbau sangat..lainla plak kalau orang tua..urmm..kalau berpeluh memang la tak hingattt punya bau..bau dia urmm..memang masyukk...ekekke..masyuk ke?? sakit kepala ada la. urmm..kalau ada bau badan tu makan pon kena beringat jugak kan?makan tuh kurang2 kan la bawang tu..walau pon bawang tu macam2 khasiatnya...tapi berpada-pada la ye...urmm... kalau nak kelua umah tu..jangan lope..pakaila odorono (bahasa jawa)..korang tau ke apa odorono?disebabkan dah hampir 10tahun duk johor..cikgu aku ajar macam2 perkataan..salah satunya odorono..means odour no... NO ODOUR la...tere kan orang jawa...urmm..

gambar odorono kat atas tu..apa lagi projek alpha la...

Project Alpha Season 2 dibawakan oleh Adidas Action 3 dan di supported oleh P1 dan MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

penyakit ekzema

hari ni aku nak cerita pasal ekzema...sebab si iman ni ada ekzema, nampak macam tak berapa serius kan??tapi sebenarnya memang sangat susah nak jaga..kalau tak jaga sekarang kos akan meningkat lagi bila dia dah besar. dia ni nak kena pantang makan n macam2 lagi...penjagaan kulit dengan pelembap dan juga basuh baju dia pon nak kena teliti..kalau dah kena serang ngan ekzema tu..Tuhan je la tau kami ni risau macam mana...sekarang ni dia tgh kena la ni..adehs...sakit hati tgk kulit dia yang kena tu. sini ada info pasal eczema yang aku dapat untuk kongsi bersama...

Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim menjelaskan ekzema, yang juga dikenali sebagai dermatitis, berasal dari perkataan Grek yang bermaksud ‘panas meluap-luap’ yang menggambarkan rasa pada kulit ekzema.

Penyakit kulit mungkin dianggap tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Namun, kehadirannya tetap meresahkan dan membuat berasa tidak selesa sehingga kadang kala menjejaskan emosi.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak. Bahkan, mengikut statistik oleh Persatuan Dematologi Malaysia (PDM), lebih 15 hingga 20 peratus kanak-kanak sekolah mengalami ekzema atopik berbanding dua hingga 10 orang dewasa.

Kajian terbaru juga menunjukkan kadar jangkitan ekzema atopik telah bertambah sejak tiga dekad terakhir ini.

Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa. Selain kesan kesakitan, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Presiden PDM, Dr. Allan Yee berkata, secara umumnya, ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.

Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.

Malangnya kata beliau, apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula.

“Kulit yang mengalami ekzema atopik menjadi sangat kering disebabkan kehilangan terlalu banyak kelembapan. Bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan pelbagai rawatan termasuk menggunakan pelembap untuk kulit kering, mengambil steroid bagi mengatasi keradangan dan anti ubat gatal,’’ ujar majlis pelancaran Kempen Kesedaran Ekzema Atopik anjuran PDM di Sunway Piramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria.

Sembilan puluh peratus ekzema secara keseluruhan menunjukkan Staphylococcus aureus , iaitu bakteria yang mungkin menyebabkan keradangan.

Terdapat sari gabungan dan salap yang mengandungi satu steroid untuk mengatasi keradangan dan antibiotik untuk menghapuskan Staphylococcus aureus.

Sehingga kini kata Dr. Yee punca ekzema masih tidak diketahui. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.

Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis.

Menurut Yee, kulit atopik ekzema yang pecah dan merekah menyebabkan kelembapan meresap keluar.

Selain menggunakan pelembap, steroid untuk keradangan dan antiubat gatal, pesakit boleh mengawal keadaan itu sendiri. Ini termasuk mengurangkan penggunaan cecair pencuci, penghilang bau sepert, kosmetik, debunga dan makanan tertentu.

“Pesakit-pesakit ekzema perlu mengelakkan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

“Sebaliknya, mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang alergi,’’ ujar Dr. Yee lagi.

Pesakit turut dinasihatkan untuk berbincang dengan individu yang pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema atopik.

Monday, May 10, 2010

calling 2x...


hari ni perkembangan iman yang terbaru.. dia ambil telefon yang 2nd masa aku tgh calling2x mama hari ni..dia pon tiru aksi aku calling..ni aksi yang sempat kami captured tadi...




sorryla..gambar blur skit sebab iman ni sentiasa bergerak..bercakap macam betul2...kami dah sudah letak telefon pon dia still lagi berceloteh (imaginasi tinggi)


seronok kan tgk perkembangan anak nih.. dah la anak yang 1st kan? nak yang 2nd lambat lagi..abah iman asik mintak adik untuk iman..tapi aku wat derkk je..:P nanti dululah abah iman..kasi lega2 dulu..sekarang ni pon still letih nak bangun malam buat susu si iman... :P

Sunday, May 9, 2010

life wasn't that easy


ABC... 123...life wasnt that easy...wasn't easy till u can sing n humming 123...abc...life need a bit of sacrifice from a person for another person happiness.. so, that's why i can say that happiness is not only how happy you are..but it is count on how happy the people around you because of you! so let thinks together are we sacrifice enough?are we make others happy? ARE WE HAPPY??


cehh....saja je ni dah lama tak tulih omputih..try2 la asah bakat yang dah tumpul nih..sekali baca macam dah tak berapa paham..ishh..tahap parah sebenarnya english aku nih..aderkss

happy mothers day!!

seronoknya baru balik dari serting petang tadi...balik2 sakit perut lak..urmm. apa yang best ek??balik jumpa mama....ya Rabbi...rasa nak nangis je masa balik tadi...a big kiss for her..mama i miss her a lot....nak cerita..masa balik semalam, lepas kami sampai mama sambut dengan muka yang ceria kat muka pintu. seronok tgk anak cucu balik. dah lama betul tak balik..bila tgk muka mama syoknya..hilang segala masalah..urmm..kami sampai mama terpa iman dulu...lAaaAA??hahahha...aku dah tak diambil kesah dah..punyala rindunya dia kat cucu dia tuh..dah lama tak jumpa..rugila tak ambil gamba masa tu.. tapi aku rasa korang boleh gambarkan muka n perasaan mama aku tu..okla... sempena hari ibu... selamat hari ibu buat mama ku juga diriku...urmm..tak lope juga untuk ALL mums out there!! happy mummy day!!

Related Posts with Thumbnails