Pages

Friday, April 30, 2010

I Just Love Good Smelling People


urm...bau badan...this is what my hubby guna..wangi2...disyorkan untuk semua lelaki kat dunia ni..especially yang ada bau badan tu..ingat lagi masa aku keje kilang dulu (during sem break), lelaki rakyat n....l banyak keje kat situ...perghh kalau lalu kat sebelah diaorg terus pening kepala weii...boleh pengsan di buatnya..aku rasa kena syorkan diaorg pakai keluaran adidas ni..urmm...lagi satu cerita masa aku pregnantkan iman aku suka sangat bau ketiak n badan my hubby...hahahhah...org lain tak boleh nak bau peluh laki diaorg kan kalau time pregnant? lain plak ngan aku..lagi aku suka bau dia..syiiiokkk..aku rasa best n tenang je kalau laki aku ada kat sebelah..

tu agaknya iman ni anak abah nya..kalau nampak abahnya balik keje..tergedik2..mengejar abahnya kat pintu umah...(kejar ke?merangkak la weii) iman tak leh nak jalan lagi..hari ni si iman tak reti betul duk diam..ada je kejenya..kalau tak ke kiri..ke kanan..kalau tak kedepan...kebelakang umah...satu umah ni dia dah explore rasanya. 2hari lepas dia kuat tol keje..aku biarkan je la..aku lupa nak kunci pintu utama...( tombol bilik air rosak plak tu )tetiba je dengar bunyi berdentum...risau aku..berlari cari si iman..imannnnnnnnnnnn ( mode jerit) sekali dia dah ada kat bilik air..tab mandi dah tergolek..dia duk tersengih2 tgk aku..urmm...apa lagi terus mandikan dia kali ke 2 pagi tu..iman...iman....oklah abis citer iman..

pasal bau badan tadi memang aku syorkan jagalah bau badan..kadang2 kita tak perasan..tolong la bgtau!ekekekke..kalau dah bgtau ubah la ye?jangan melenting plaks..

di mana yang korang tau..projek alpha dipersembahkan oleh:
Adidas Action 3 dan supported by P1 and MAS

jawapan trivia


jawapan trivia semalam..buah apa ek???

1. buah keranji --buah keranji dalam perahu..sebab tu dia tak terbakar dalam kebun
2. buah cempedak --buah cempedak di luar pagar, selamat la cempedak tu..sebab dia kat luar pagar kebun tu

JANGAN MARA ek....

Thursday, April 29, 2010

trivia

hari ni macam gloomy je...cuaca pon mendung je...iman tgh tidow, abah iman pon tak balik tengah hari ni.what should i do? cari pasal SEO (search engine optimization) pon tak jumpa jalam penyelesaian..hahahaha..takpe..go slow..dalam keadaan gloomy ni aku tetiba terdetik pasal satu TRIVIA yang pernah disoalkan untuk aku..soalan nya berbunyi begini


Dalam kebun ada bermacam buah, tiba2 kebun tu terbakar; semua
buah2an
musnah kecuali 2 buah je yang terselamat.. buah ape ek?


ok..korang pikir dulu apa jawapannya...apa buah yang dah terselamat dari kebun tu..esok aku bagi jawapan...pikir2..jangan tak pikir..

Wednesday, April 28, 2010

cara makan dengan perangai kita

Slownya makan!Pelahapnya makan!Gelojohnya makan!mana satu cara kita makan?cara laki kita makan?cara pakwe/makwe kita makan?jom baca

Esok perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar diaorang. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan m asa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Wanita acuan Al-Quran

Another peringatan untuk wanita-wanita (termasuklah diri aku ni)

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tutur katanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah
SAW serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT.

aksi ganas

aksi ganas iman hari ni...for the first time dia membuat aksi ganas di rumah...nanti aku akan upload gamba2 aksi ganas yang lepas..aksi hari ni tak dapat nak captured..kamera abis bateri..hari ni dia kelua dari walker dia secara slumber...iman...iman...bahaya betul...bukan kuat sangat..dia menggelongsor keluar dari walker dia hari ni..urmm

menakutkan...

hari ni konon2 nak upgrade sendiri la laman nih..urmm.nak buat sendiri nak cari SEO kat google..dapat la instruction dari satu blog lain pasal SEO..aku ngan confident terus buat n save..PERINGATAN untuk semua..kalau boleh preview dulu sebelum apa2..hahahah..nak nangis rasa sebab yang aku buat tu menyebabkan semua post2 aku hilang...then tenangkan akal n fikiran..juga jiwa yang berkecamuk ni..buat lagi sekali n try n error...dapatla kembali ke asal...adehs...sangat MENAKUTKAN!!!

Tuesday, April 27, 2010

mencari pengasuh??

risau takde orang nak jaga anak??sedang mencari pengasuh untuk anak anda?aku nak promote skit neh..pengasuh ni duduk kat taman impian ehsan (Balakong). memang dah ada banyak experienced jaga baby sampai la anak tu da beso panjang..tak yah risau2 kalau letak anak kat dia..(baiikkknya promote) ni biras aku nih...kalau nak contact Pn norashidah di no. 0136754702...atau pun Encik Anuar di No. 0176567158

just for info kaitan jenis darah n personaliti

Info hari ni adalah tentang kaitannya jenis darah yang mengalir dalam badan kita menggambarkan personaliti kita!! Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. let's check out betul tak kaitan nya..urmm..akunye type darah B..hubby O...my baby..urmm..tak sure laks..belum check untuk Iman..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamubijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walaubagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan.Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

yummy

semalam 1st time aku goreng ayam dengan resipi baru..apalah goreng ayam pon nak kecoh ye tak?tapi memang rasa ummph skit...aku buat ayam goreng kunyit style aku..hahah..tak sempat la nak amik gamba..next time kay..secret ingredient nya..perap kunyit+garam+ayam yang dipotong kecil...pastu aku goreng halia dalam minyak tu then baru aku goreng ayam yang telah diperap tadi..urmm..memang rasa halia tu melekat..untuk tambah rasa manis..bila ayam dah masak buang skit minyak yang ada tu then....aku masukkan bawang holland yang dah dipotong secara bulat(nak canteeek nya pasal)...tak bulat pon takpe...pastu masukkanla carrot yang dipotong panjang2..nak masukkan sayur lain pon boleh..ikut suka ati kita la yer??urmm..goreng for a while n siap!!

YUMMY!!

Monday, April 26, 2010

Jika & Kalau

kalallalalal

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat department dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak berimu 'title' JANDA


JIKA SUAMI


Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
intanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. ..
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
ALLAH YANG ESA...

Related Posts with Thumbnails