Pages

Saturday, May 29, 2010

Prihatin yang tak bertempat

hari ni kami ke Seremban untuk pergi ke klinik pakar kulit...nak check kulit iman yang kena eczema..ntah kenapa kulit dia yang kena kali ni lambat sangat nak sembuh..harap2 lepas jumpa doc pakar ni hilang la semua...sedey tengok kulit dia yang macam tu..

On The Way kami ke Seremban lalu PLUS highway la kan?urmm...jammed terukk baru je jalan 20 min dah jammed...dari exit bdr putra mahkota sampai la ke rehat seremban tu...puncanya hanyalah lori yang tersadai kat tepi...ada 3 lori yang rosak kat tepi jalan...itulah SIKAP PEMANDU MALAYSIA yang TEERRRRRsanGGaaTTTT PRIHATIN..PRIHATIN YANG TAK BERTEMPAT...kalau ak bantu takpe la..kalau dah tak mampu nak tolong tu drive je la terus..ni seBUuuOOokkkk nak tengok lori kat tepi tu...masalahnya org lain yang terkena IMPAK MAKSIMA akibat sikap prihatin pemandu ni...

aku nih makin bengang la..dah la aircond kete hubby wat hal...dengan kulit iman yang tak berapa nak sehat..kulit iman ni tak boleh nak kena panas skit..takleh berpeluh..siannn kat Iman ummi...urmm...sabar je la nak wat caner ye tak?

kalau korang terbaca artikel ni...dah termasuk dalam golongan yang PRIHATIN TAK BERTEMPAT ni...tolong la ubah sikap yang tak berapa nak positif ni....menyUSAHkan orang lain la babe!

sekarang dah kat umah..dah mandi..dah sejuk...heheh..iman pon dah selesai jumpa doktor...n harap2 semua OK!!

Selamat berhujung minggu semua!

Thursday, May 27, 2010

Belajar jadi pasangan yang terbaik

sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula....urmm...aku dapat artikel ni n rasa nak berkongsi ngan semua..

Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Pasti ada salah dan silap di mana-mana dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan. Pun begitu tidak salah jika kita belajar memperbaiki diri dan belajar menjadi yang terbaik buat pasangan. Semoga usaha menjadi yang terbaik ini sekali gus dapat memperbaiki perhubungan mahupun rumahtangga anda.
1. Realistik terhadap pasangan
Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan menjadi seseorang yang anda inginkan. Hadapi kenyataan dan terimalah dirinya seadanya. Jangan berharap pasangan menjadi wanita terbaik, tercantik mahupun suami yang paling romantis. Cintai pasangan seadanya kerana dirinya. Ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh sesiapapun di dunia ini.

2. Terbuka tentang perasaan
Ketika berhadapan dengan masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sendirian. Namun, berbeza dengan wanita yang lebih terbuka tentang hati dan perasaan mereka.

Oleh itu bagi isteri cubalah pelajari sikap suami dan tidak membuat jangkaan sendiri mengenai perasaan pasangan mereka. Bagi suami pula, belajarlah untuk mengekspresikan perasaan dengan tepat supaya pasangan lebih mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung ataupun bahagia. Petanda awal sebuah perpisahan adalah apabila pasangan itu berhenti berkomunikasi dari hati ke hati.

3. Gemar melakukan sesuatu yang menarik bersama
Carilah sesuatu yang boleh anda lakukan bersama-sama. Sebagai contoh melakukan olahraga kegemaran bersama pasangan ataupun melakukan suatu hobi yang anda berdua sama-sama senang. Nikmati waktu ketika bersama pasangan.

Anda boleh juga sekadar menonton VCD di rumah atau mungkin jalan berpegangan tangan di kompleks membeli-belah seperti masih waktu bercinta. Berhati-hatilah jika anda lebih suka menghabiskan lebih banyak waktu dengan teman daripada pasangan sendiri. Itu tanda yang kurang baik dalam perhubungan.

4. Tidak terlalu perfeksionis
Belajarlah untuk menerima apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ia tidak seperti yang anda inginkan. Contohnya bila suami membantu melakukan kerja rumah, walaupun caranya menyidai kain, menyapu lantai atau memasak tidak sempurna, tetapi tetaplah berterima kasih. Dalam perhubungan ada beberapa perkara yang mana kita harus mampu memberi dan juga menerima.

5. Tunjukkan cinta
Bagi suami, cubalah membawa pulang kuih kesukaan isteri anda. Boleh jadi coklat atau apa pun yang dia sukai. Bagi isteri pula, manjakan pasangan suami anda dengan memasakkan makanan kegemarannya atau membelikan sesuatu yang diinginkannya tetapi belum sempat dibeli.

Jadikan perkara sebegini bahasa cinta anda. Ada lima bahasa cinta yang mana salah satunya boleh jadi selalu dilakukan oleh anda atau pasangan iaitu sentuhan fizikal, kata-kata semangat, waktu berkualiti, layanan dan hadiah. Tunjukkan rasa perihatin terhadap orang yang anda cintai dan sayangi, ini akan memberikan kesan yang sangat membahagiakan.

6. Saling menghormati
Jangan mempersendakan tentang rambut atau kulit pasangan di depan orang lain atau anak-anak. Meskipun maksudnya hanya untuk bergurau, tetapi fikiran di bawah sedarnya mungkin menangkap maksud yang berbeza. Boleh jadi perkara ini akan menggugat keyakinan dirinya. Mencintai adalah menghargai perasaan satu sama lain dan peka terhadap perasaan pasangan.

7. Kuburkan masa lalu
Meskipun masa silam pasangan atau diri anda sendiri cukup sukar, namun cubalah sedaya upaya tidak mengungkitnya apatah lagi jika ia sesuatu yang negatif. Tiada seorang pun yang mahu diingatkan tentang sesuatu yang membuatkan diri merasa malu. Apa yang telah terjadi, biarkan saja ia berlalu.

8. Hilangkan rasa cemburu
Setiap perhubungan pasti tidak dapat lari daripada perasaan cemburu, namun jangan sesekali membiarkan perasaan cemburu itu melarat dan memudaratkan perhubungan. Rasa cemburu seperti ini ibarat racun yang secara perlahan menyebarkan ke seluruh sendi-sendi perhubungan anda. Percayalah kepada pasangan anda. Mencintai adalah tentang memiliki rasa percaya dan yakin kepada pasangan.

9. Jaga komitmen
Jangan membuat janji yang dirasakan tidak mampu untuk dipenuhi. Sekiranya tidak dapat dicapai, maka ini akan mengurangkan rasa hormat oleh pasangan. Selain itu, jagalah kepercayaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah petua perhubungan yang sihat. Jika pasangan mula merasakan bahawa ia tidak penting, maka bersiap sedialah untuk kehilangan hatinya.

10. Jujur
Jujur bukan sahaja dari aspek tingkah laku tetapi yang lebih penting kejujuran untuk mengungkapkan perasaan terdalam kita. Jika anda berasa marah, katakan bahawa anda sedang marah.

Jika anda berasa terluka, terus-terang. Luahkan dengan rasa tenang tanpa perlu menengking atau menjerit-jerit hingga melukakan hati pasangan. Jika anda tidak mampu berlaku jujur pada pasangan anda, pada siapa lagi anda harus jujur?

Fikir-fikirkan…

Tuesday, May 25, 2010

putrajaya drift

Sepotong Ayat Penerang Hidup

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika sayam (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhu Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

jadi??tak salah kita sampai-menyampaikan sesama kita kan? lagi panjang ilmu tu pergi lagi banyak pahala kita..aminnn..sebab tu mulianya la tugas seorang guru..

Monday, May 24, 2010

apa erti menjadi miskin

kena berfikir n renungkan apa yang boleh kita ambil daripada cerita ni...

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"


"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"

sekarang siapa yang miskin???kita mungkin kaya daripada apa yang kita sangka daripada org lain..renung2kan lah

Gambar molekul air zam-zam


Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan
keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah
petikan di bawah:

Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, manusia tidak boleh
hidup tanpa air dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu
seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang
mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam
kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang pensyarah dari Universiti
Malaya
).

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau
menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan
dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang
diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam-macam
lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul
air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar,
tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)
rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak
lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir
sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari
sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air
yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian(bersegi-segi),
bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik
melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di
antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".

Hadirin semua senyap dan kemudian, pensyarah dari Universiti Malaysia
mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya
"Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini" Jawab pensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu
mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi
rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat
experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa
bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu
kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk
menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin,
nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan
janggut yang panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan
Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan
berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu ustaz disuruh oleh Profesor membaca
sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah di skrin molekul
air berupa seperti sel-sel barah.

Renung2kanla...kalau kita baca selawat n bacaan yang indah sebelum minum mungkin molekul tu akan jadi cantik n selamat masuk dalam perut kita n menjadi sebahagian dari diri kita! jangan lupa baca bismillah n apa patut sebelum masak n minum...

Related Posts with Thumbnails