Pekara di bawah ini adalah menyalahi 'syara' dan HARAM disebarkan .
1. Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang murni berdasarkan firman Allah: "..Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan."
2. Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu menyalahi syara' (hukum Allah). Cthnya: kita disuruh berusaha menghilangkan dahaga TETAPI janganlah berusaha dengan cara minum arak. Kita disuruh berusaha menghilangkan sakit TETAPI janganlah dengan cara menggunakan jin/ syaitan/jembalang. Kita disuruh berusaha mencarai r ezeki TETAPI janganlah mencuri @ merompak @ peras ugut. Demikianlah dalah perkara ini, kita disuruh berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.
3. Apa yang membimbangkan ialah kalimah "SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERENTI.MEMANG ANEH TAPI NYATA.. dah ada tuhan lain ke yang makbukan doa kita .suatu kalimah yang membawa kepada fahaman 'khurafat' dan 'syirik'.
4. Oleh itu, sila hentikan 'kerja yang tidak berfaedah ini'. Jangan menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.
5. Jika ada yang mempercayai kata-kata tersebut, "Siapa yang sanggup menjawab di hadapan ALLAH Ta'ala".. Firman Allah : "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya."(Surah Al-Isra': 36)
Sekian.
NOR RAIHAN BIN AZIZ
Imam BIMB
Jabatan Syariah.