Pages

Thursday, January 27, 2011

Menjaga hati terus sakit hati..


Salam sejahtera buat semua pembaca. Membaca tajuk topik ni saja ada yang boleh mengagak apa yang bakal ummi bizacarakan. Tambahan lagi untuk masyarakat melayu kita yang sering di kaitkan dengan adab sopan dan penuh dengan tatasusila.. setiap kita harus menjaga hati dan perasaan orang lain samada dengan perlakuan kita atau dengan pertuturan kita.

Kadang-kala bila terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain, kita yang menanggung akibat dan deritanya. Ummi seorang yang pendiam ketika sekolah menengah.. sampaikan ada yang tidak mengenali ummi di sekolah menengah. Student yang low profile gitu-gitulah... dengan rupa yang sederhana, pelajaran yang sederhana menyebabkan ummi selesa begitu di sekolah. Apabila melangkah ke alam yang lain, menjadi pelajar Universiti. Ummi bergaul dengan orang ramai.. dengan rakan-rakan yang berlainan tacara dan kehidupan, daripada mereka Ummi belajar untuk mempertahankan diri dan tampil dengan gagah apabila ditindas. Tidak takut untuk meluahkan buah bicara.. bagus kan?

Mahupun mempunyai kadar self-confidence yang tinggi. Kadangkala ummi tidak menghiraukan kesan dari pertuturan dan perbuatan Ummi, itu yang membuatkan ummi sesal dan sepatutnya ummi mengimbangi semuanya supaya tiada yang sakit hati. Jadi, kepada yang pernah terasa hati dengan ummi.. ummi betul-betul memohon kemaafan dari kalian.

Apabila angka pada umur semakin meningkat, kita akan mengimbas perkara lalu dan bermuhasabah diri. Jangan hanya merasakan diri anda sahaja yang benar. Fikirkan situasi orang perseorangan yang berada di persekitaran anda. Fikirkan segalanya supaya kita tahu akibatnya.

Salam sayang,

2 orang berkata-kata:

ozzy said...

Assalam..

Ketika muda kita sering ikutkan perasaan seolah2 apa yg kita buat semuanya betul..

p/s-Seorg yg pendiam mmg banyak menyimpan rasa.

ummi iman said...

encik ozzy-- aah memang terlalu mengikut perasaan..bila dah meningkat dewasa barulah boleh membuat pertimbangan

Related Posts with Thumbnails