Pages

Thursday, August 18, 2011

biskut raya datang lagi... biskut suji

fuhhh...lama tak update ek...selalu update lauk berbuka ye tak? Ada je ummi captured gambar2 makanan semua tu...tapi ntah kenapa mood nak mengupload tu tak sampai...

Lama-lama bila datang mood tu macam dah lapok la plak..nant ummi buat summary je la satu entry banyak2 gamba makanan..boleh gitu?hehehhehehe...

Hari ni ummi buat biskut suji.. biskut lama-lama.. disebabkan mama ummi suka sangat makan biskut suji ni..tu yang tergerak nak buat biskut ni..lagipon..ni adalah biskut paling senang nak buat...



hihiks..ade yang merekah2 tu..hahahhaha...halal le eks

itu dia....close up skit...

siap suda satu jenis biskut...nak wat biskut apo laie nant eks??aduhaiii

Thursday, August 11, 2011

Kuih Raya 2011 untuk dijual

Mari-mari...dekat-dekat adik-adik...akak-akak....abang-abang...tuan-tuan...puan-puan.....

cewahhh..menjengah minggu ke-2 kita berpuasa ni..Ummi nak memasarkan produk keluaran Iman's Home Bakery...Ummi nak promote kuih batang buruk...atau lebih sopan dikenali juga dengan kuih suci dalam debu...hahahahha...boleh gitu?? Ummi tukar nama yang lebih sopan untuk dia?

Ini lah kuih peberet ummi ni...kuih yang boleh makan sambil2 tgk TV..dan-dan tgk dah habih...apo cito?


kuih ni sangat sedap woo...rapuh debu-debunya melekat dengan elok dan rangup dimakan..

Ummi memang jamin kuih ni sedap dan HALAL...:P

Kesedapan yang memang diakui oleh kami sekeluarga...

Stok tak banyak ye kengkawan...sapa cepat dia lah yang dapat..kuih ni memang cepat habihh
Jadi??apo laie..moh order copek2


lagi satu produk yang Ummi pasarkan adalah karipap inti serunding ikan ni... sangat sedap..


Tengok saiz tu..besar2 kan..TERBAEKKKK....

Inti yang sangat sedap....cukup rasanya...cukup pedasnya....superbbbb

Boleh request untuk packaging yang 100pcs atau 50pcs...gambo packaging 100pcs takde dalam stok ummi...botol yang sama cuma lebih panjang skit je...

HARGA BAGI KUIH SUCI DALAM DEBU @ kuih batang buruk adalah :
satu paket @ 100pcs @ +/- 600g = RM18.00

HARGA BAGI KUIH KARIPAP INTI SERUNDING IKAN adalah :
balang 50 pcs = RM 15.00
balang 100pcs = RM 30.00


Untuk tempahan sila hubungi mimie.m.dam@gmail.com di kawasan putrajaya dan yang sekitarnya...perkhidmatan penghantaran tidak disediakan...

Kelebihan Solat Tarawih (Malam ke-sebelas hingga ke dua puluh)

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Related Posts with Thumbnails