Pages

Friday, January 28, 2011

Apabila Pembantu Rumah Jadi Bos


Salam buat semua pembaca, hari ni ummi nak cerita pasal pembantu rumah yang naik minyak... hahaha... NAIK MINYAK?? urmm..itulah dah lah duit kita habis beribu2 nak dapatkan passport la apalah untuk urusan dia kesini, bila dah sampai dia buat hal pula. Macam-macam cerita yang ummi dengar daripada kawan-kawan mahupun daripada pengalaman keluarga sendiri. Almaklumlah ummi ni SAHM tak perlukan pembantu rumah.. bekerja dari celik mata sampai la ke nak pejamkan mata.

Berbalik pada cerita ummi, Situasi yang berlaku ialah pada kak Z. Kak Z ni ummi dah anggap macam kakak ummi sendiri. sepanjang perkenalan ummi yang singkat dengan Kak Z, boleh ummi rumuskan dia seorang wanita yang sempurna.. cantik rupa wajah, tutur bicara yang sopan dan lemah lembut orangnya. Hari ni Kak Z datang ke rumah ummi untuk ambil barang-barangnya. Untuk pengetahuan semua, ummi membantu kak Z untuk menyiapkan projek sarjana kak Z.

Hari ini, Kak Z berlabuh lebih lama daripada biasa, banyak la cerita yang telah dibualkan..lebih kepada pembantu rumah beliau. Anak yang kedua baru berusia 2tahun tetapi Kak Z telah mempunyai 6 orang pembantu rumah. Pembantu rumah yang pertama, setelah disiapkan segala visa n passport datang ke sini seminggu kemudian larikan diri kerana anaknya ada di Malaysia.Pembantu rumah yang kedua, setelah siap semua 2minggu kemudian larikan diri juga kerana terpaut hati (ada boipren) pada lelaki entah berkenalan dari mana.

Pembantu rumah ketiga, ke empat, kelima diambil dari cara biasa begitu juga. sehinggalah pembantu rumah yang ke-enam. Pembantu rumah yang ke-enam sekarang ni telah melarikan diri untuk kali yang ke-3...sulit untuk difahami?hahaha.. mari ummi ceritakan satu persatu..

  • kali pertama melarikan diri-dia ditegur kerana sering keluar dari rumah. duduk melepak dirumah kawan-kawan Indonesia..bukan sekali sehari tau! EMPAT kali sehari....mana taknya??kalau ummi pun ummi tegur.. bila ditegur..dia mengherdik dan memarahi kak Z seolah-oleh Kak Z yang bersalah..kemudian melarikan diri...seminggu kemudian rujuk balik sebab tak tahan dengan majikan baru yang garang

  • Kali kedua - sikap keluar rumah tidak berubah, sehinggakan pada suatu pagi dia keluar dari pagi sehingga tengah hari. Kerja yang sepatutnya dilakukan terbengkalai. Lalu Kak Z dengan niat hendak mengajar mengunci pintu. dia mengamuk sakan lalu keluar dari rumah untuk sekian kali. 2minggu kemudian rujuk semula...

  • Kali Ketiga - anak yang kedua kak Z merengek ketika ditidurkan oleh pembantu rumah. Kak Z menjengah ke dalam bilik dan bertanya tentang apa yang anaknya mahu sampai merengek begitu. Apa yang Kak Z dapat ialah balingan dari pembantu rumahnya. Kak Z bersabar lalu ke ruang tamu untuk berbual dengan suaminya. kemudian, tiba-tiba pembantu rumahnya mengambil beg dan barang-barang rumah yang lain mencampakkannya dihadapan mereka suami isteri. sampai sekarang dia melarikan diri dan sms kak Z supaya ambil dia dirumah rakan nya. Tetapi hati kak Z dah tawar.
Daripada penceritaan Kak Z dia bayar pembantu rumahnya agak lumayan (hampir 1k)... yelah tak berbaloi untuk kerja yang sedikit... hanya menjaga anak kak zu dan membersihkan rumah. Memasak langsung tidak disentuh alasannya dia tak pandai..padahal umur sudah mencecah 45tahun.

Kalau kita sebagai Kak Z adakah kita akan bertahan? Kak Z memang memerlukan pembantu rumah, dengan kerja-kerja sampingan (2kerja) sambil tu belajar sepenuh masa, menjaga 2org anak, dan juga menjaga keperluan suami. Apa yang ummi doakan semoga Kak Z akan dapat yang lebih baik...

itulah kan... bila pembantu rumah dah jadi macam bos...macam2 hal jadinya...

2 orang berkata-kata:

UMMI YL said...

sebab tu risau nak amik pembantu..kesian gak kak Z tu kan.

ummi iman said...

aah...kesian sangat..macam2 cerita kan pasal pembantu ni kan...tak abis2

Related Posts with Thumbnails