Pages

Saturday, January 22, 2011

Bagai Ibu Ketam Mengajar Anak Ketam Berjalan


Salam semua, hari ni tak kemana-mana? Ummi nak kelua kejap lagi dengan Abah Iman of course lah ada si kecik Iman ni juga. Tapi nak kena tunggu Abah Iman Settle kan kerja2 dia dulu.

Berbalik pada tajuk cerita hari ni, ummi nak ceritakan pasal seorang kawan ummi yang telah meluahkan perasaaan pada ummi tentang hati dan perasaan nya tentang seorang ahli keluarga yang baru. Apabila kita berkahwin dan mempunyai keluarga baru. Maka, ada perangai dan kerenah baru yanbg perlu kita hadapi ingat lagi kisah Mertua VS Menantu yang ummi pernah ummi ceritakan dulu?

Bagi kisah kali ni pasal ipar duai nya pula, ipar yang masih belum dikurniakan cahaya mata tetapi berani menegur cara sahabat ummi menjaga anaknya (due of dia pernah menjaga anak buah yang ramai dulu). apa yang akan korang fikirkan apabila memikirkan situasi yang kawan ummi hadapi?

Bagi ummi mungkin ada silap nya pada kawan ummi, tetapi bagi seseorang yang hanya bersandarkan pengalaman menjaga anak buahnya... itu tidak dapat menandingi pengalaman n perasaaan seorang ibu itu sendiri, sebab ummi pun pernah menjaga anak buah dari hari pertama dia dilahirkan sampai dia hampir berumur 2tahun. Sayangnya la ummi dekat anak buah ummi yang seorang ni. Tapi, bila dah bergelar ibu, menjaga anak sendiri n anak buah sangat berbeza! tambahan si Iman kena ekzema pulak..macam hal-hal yang perlu dibuat dan dijaga. Kadang-kadang ummi rasa ummi dah buat yang sempurna yang mungkin tapi masalah kulitnya masih timbul. Akhirnya, abah iman kata semua bukan salam ummi. Ummi dah buat yang terbaik pada Iman, kita perlu berdoa n tawakal pada-Nya setelah berusaha dan kita perlu maintain pada cara yang kita buat sekarang...bertuahnya ummi...abah iman memang sangat memahami.

Apapun, berilah peluang pada ibu muda untuk mencorakkan anaknya sendiri. Asalkan dia masih berlandaskan islam dan tidak mencederakan amanah Tuhan itu. Insya-Allah, dia memang inginkan yang terbaik buat zuriatnya.

6 orang berkata-kata:

ozzy said...

Assalam..

Memang betul..pengalaman menjaga anak sendiri memang lain & cara setiap individu juga berlainan.

ummi iman said...

ozzy-- betul tu..biarlah dia mencorakkan zuriatnya sendiri kan?

RULZA said...

betul la tu. masa mak, ayah, mertua dah berlalu. mak, ayah dan mertua cuma kena pantau apa yang salah..

inilah dikatakan menyibuk tak kena tempat.

ummi iman said...

rulza-- itulah..susah nak cakap juga kan..kalau ditegur takut dikata anak derhaka pulak

RULZA said...

betul tu ummi. memang susah bila kita diduga dengan hal2 keluarga terutamanya mertua dan ipar duai..

sepatutnya masing2 kena faham peranan dan ada sifat mengalah baik yang muda dan tua..

pengalamn zakiah la kan. sebenarnya nanti sian kat suamilah..suami tersepit dan serba salah.

kena doa banyak2 allah mudahkan.

ummi iman said...

betul tu..insyaAllah...teruskn berdoa pada-Nya tanpa jemu...

Related Posts with Thumbnails