Pages

Wednesday, August 25, 2010

Roh Di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan la bulan kita nak mengumpul sebanyak mana kebaikan dan pahala yang kita boleh untuk menampung lubang-lubang kosong dan meanikkan lagi taraf kita ni...sambil2 tunggu iman nak tido tadi aku check la email yang ada. ada satu email yang menarik untuk dikongsikan pada korang semua..

Pada bulan Ramadhan ni..segelintir daripada kita kumpul pahal n berbuat kebaikkan hanya untuk diri kita je...kita lupa pada mereka yang dah pergi..pergi ke alam barzakh..cerita ni untuk renungan kita bersama..untuk mengingatkan apa yang kita lupa..OK?

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Ya ALLAH tempatkan mereka di tempat orang-orang yang soleh n solehah...al fatihah untuk kakak ku aida yang pergi pada tahun 1988...

17 orang berkata-kata:

hentian said...

teringat abah IM yang telah pun pergi 2 tahun lalu..

Unknown said...

ya Allah.. tersedar jap, dh lame tdk sedekahkan alfatihah n bacekan yassin tuk arwah atuk n moyang2 :(
tengs ummi ats ingatan neh

ummi iman said...

urmm..alhamdulillah..semoga kita akan sentiasa ingat n mengingati supaya kita tak tersasar jauh dalam kehidupan ini

Anonymous said...

Sebak skjp mengingati insan tersayang yg telah pergi. Alfatihan untuk mereka. Thanks yer sbb berkongsi ilmu dan peringatan yg amat baik seperti ini... i Follow u

Jieda said...

Terima kasih berkongsikan kisah ni.Izinkan saya copy ke dalam blog supaya menjadi peringatan untuk diri sendiri.

ummi iman said...

amikla jieda..kreditkan ke blog ni eks...TQ dear...sama kita mengingati ye hanisazla n jieda

:: Mrs.SyahNia :: said...

sungguh mengingatkn kita yg masih hidup
agar tidak lupa pd mereka yg tlh tiada..

salam pknalan utk ummiiman
dari cik ain *__*

anayilz said...

salam.

ummi.terima kasih atas perkongsian..^_^
mohon share boleh?huhu.

Tempah DiSini~ said...

salam,blog yg menarik...... jom singgah & follow...

Hanietwisties said...

ouh..tengs 4 the info :)

Unknown said...

terima kaseh sudi
berkongsi..

ummi iman said...

alhamdulillah..nak share amik je..tapi jangan lope kreditkan ke blog ni ye.hihiks..salam perkenalan untuk semua

Anonymous said...

Al fatihah..penah dengar cerita ni..bila baca baru teringat..terima kasih..moga roh2 yang telah pergi dicucuri rahmatNya..

Jom usha entry terbaru kat sini E J U M

fazaira said...

salam semuaa...

bagus n3 sebegini yer, sedikit-sebanyak menyedarkan kite kan...
Ingat-mengingat sesame kite memang digalakkan sebagaimane di sabda oleh Baginda Rasulullah s.a.w, sesungguhnya agama itu nasehat-menasehati.

Satu perkare yg hendak kirte amik berat dalam kite nak menghadiahkan Al-Fatihah ini ialah, amalan yg kite lakukan di atas muka bumi ini, jadikanlah amalan kite agar dpt diterime oleh Allah s.w.t. dan apebile kite menghadiahkan Al-Fatihah, tentu orng yg menerimenye pun bahagia ttp kalau kite pun salu wat mende yg tak betul , agaknye yg menerime tu bahagia tak?

ummi iman said...

ejum--aah..sama2
zaidisign--betul tu zaidi...ummi sokong...apapun tanya iman diri sendiri ye x?

zuanjoe said...

~ minta izin utk di kongsi bersama teman2 blog..
moga kita semua dapat pengajaran... wasalam

http://improveslife.blogspot.com/

penile implant said...

That is great to hear, thank you for reading!

Related Posts with Thumbnails