Pages

Tuesday, October 19, 2010

ATUK



Masa ummi menaip ni, bunyi guruh berdentum dentam, begitu jualah dengan hati ummi yang merisaukan atuk Iman di kampung...semalam petang masa ummi call keadaan atuk Iman semakin baik..bahkan dari riak suara memang macam sehat. Atuk kata kena tahan wad sebab doktor suruh atuk rehat...

Atuk memang tak reti nak duduk diamasal ada masa je mesti nak buat sesuatu..menanam di belakang rumah..pegi kebun melihat kebun getahnya(walau dah tak bekerja) atuk masih ke sana nak memantau keadaan kebun yang diupah pekerja.

Mesyuarat itu dan ini...atuk adalah pengetua sekolah agama kat kawasan kampung tu...urm.. memang dia tak reti duduk diam..masa kecil dulu atuk garang sangat...kata apa je la...semua ummi penah rasa...tali pinggang, hos getah tu, pembaris kayu (mama buat ukur baju), batang ubi kayu...hahahha..semua ummi penah rasa...Tapi tu masa ummi kecik..sekarang dah takde dah...atuk tau anak dia dah besar dan pandai fikir sendiri..tak perlu rotan untuk membuatkan kami fikir yang mana baik yang mana buruk.

Tapi, bila difikirkan semula...setiap tindakan atuk telah menjadikan ummi manusia yang lebih baik...Hanya Ibu Bapa yang tau bagaimana untuk membesarkan anak-anak mereka..Cara atuk membesarkan ummi itulah cara yang terbaik untuk ummi...Atuk tak nak ummi leka dengan dunia sahaja...

Tak ternilai jasa Atuk pada ummi...cepat sembuh atuk Iman....InsyaALLAH hujung minggu ni kami balik..

7 orang berkata-kata:

Insan Marhaen said...

insyaAllah, segala amal dan jariah akan menjadi cahaya menerangi perjalanan kehidupannya..

Notami said...

salam..smoge atuk ummi iman semakin sehat..insyaAllah..

ummi iman said...

@ IM--terima kasih

ummi iman said...

@notami..terima kasih

maisyah said...

salam..
emm..sedih kan bl org tua kita sakit..syukurla saya org tua saya tinggal sebumbung skang..kalau th2 sudah x sm..risau jg...

ummi iman said...

@maisyah--untung maisyah....tu la...risau je nih, tp dah kelua wad dah

❤Nadhratul Basyirah Amirudin❤ said...

beznye ader atok lagi..nad dah xder dah... bace psl atok nad plak k.. http://nudtzlovar.blogspot.com/2010/08/my-only-onegranpa.html

Related Posts with Thumbnails