Pages

Thursday, May 20, 2010

benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar??

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 hingga 45 tahun tanpa memberitahu bahawa ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang....

(dipetik dari Majalah PA & MA keluaran Februari 2004)


Jadi, kalau isteri dok tension tu...lepas balik riadah... calit sikit bau ketiak anda yang masam tu. Insyaallah mood dia ok. Hah!3x... selamat mencuba. Para isteri pun jangan dok tension tak tentu hala sangat, nanti kena cium bau ketiak suami........




0 orang berkata-kata:

Related Posts with Thumbnails