Pages

Saturday, May 22, 2010

bunga dan rama-rama


Ceritanya bermula begini...

Seorang lelaki memohon doa kepada ALLAH untuk mendapatkan seekor rama-rama dan bunga

Tapi...apa yang dia dapat hanyalah pokok kaktus dan ulat
Lelaki ni sedeyla kan?kenapa pemberian-Nya tak sama dengan permintaan dia..kemudian dia pon berfikir...mungkin Allah terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia pon tak mempersoalkannya... selepas satu tempoh, lelaki ni pon terfikir pasal permintaan dia.



lelaki ni amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri tu tumbuh bunga yang sangat cantik. dan daripada ulat itu telah bertukar menjadi seekor rama-rama yang sangat cantik.

jadi apa yang perlu kita ingat???


Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!!
Cara Allah sentiasa yang terbaik, walaupun kelihatan seperti salah. Jika kita memohon dan menerima yang lain daripada Allah...PERCAYALAH... pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..

Apa yang kita minta tak semestinya apa yang diperlukan. Allah tak akan gagal memenuhi permintaan kita...teruskan berdoa tanpa ragu dan keluhan..duri hari ni akan menjadi bunga pada hari esok

Allah mengurniakan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya...

SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA SEMUA!!!!

0 orang berkata-kata:

Related Posts with Thumbnails